Tuesday, 12 September 2017

Raya Haji 2017

Alhamdulillah, masa aku pos entry ni dah berlalu dah raya haji yang penuh barakah. tahun ni aku sambut kat rumah nenek tom (emak kepada mak andak aku). bersihnya rumah nenek tom. lantai takde rasa berminyak walau sedikit pun. terbaiklah nenek tom. walaupun dah berusia (dah bongkok tiga tau) tapi dia masih lagi sensitif dengan kebersihan. aku harap aku pun akan jadi pembersih macam nenek tom. 

Makanan hari raya semua sedap-sedap. mak andak masak, Cik Puji (adik mak andak. dia lelaki) masak. semua sedap. aku melantak dari pagi sampai petang. fuhhh!

jom layan gambar...




borak-borak sikit sambil buat kopi :)

ni dia adik-adik sepupuku yang baik dan sporting


berangan la kejap depan laman nenek tom. 








inilah lembunya..dah masuk syurga dah dia..alhamdulillah~

jom balik homestay!




singgah beli makanan dulu walaupun dah kenyang. tengok badan kami la kan. hahaha

oh budak ni memang suka kembangkan hidung..


itu sahaja untuk entry raya haji. jumpa kat entry lain.

Selamat tinggal!

mandi-manda di Gunung Belumut, Batu Pahat

Assalamualaikum semua,

fuhh setelah sekian lama, bertahun-tahun. dengan tak ada masa, dengan isu kencing tikus bagai, aku dah lama tak menjejakkan kaki aku di mana-mana air terjun dekat Malaysia ni. Sampailah suatu ketika, tengah lepak-lepak dekat rumah Mak Mala (mak sedara aku), tercetus idea untuk pergi berkelah di Gunung Belumut. Mak Mala yang ajak secara tiba-tiba. Kami yang ada masa tu terus teruja. apa lagi, semua terus setuju. Keesokan harinya kami bertolak dua kereta untuk pergi berkelah. Mak Mala masak nasi, asam pedas ikan mayong, sayur goreng dan ikan goreng. Kami yang muda-muda ni bawa roti, air, jajan dan sebagainya. Lupa nak ambil gambar makanan sebab dah lapar sangat dan teruja nak berendam.

cantik sangat kawasan gunung Belumut tapi ada pacat. aku tak suka pacat. Dak anyah dah kene gigit sikit tapi sempat perasan. jadinya tak sampai berdarahlah. gatal kata dia. berhari-hari rasa gatal. lepas makan cepat-cepat kami turun je air sebab takut kene gigit dengan pacat. Masa tengah makan pun aku nampak pacat lalu depan aku. eewwww!!

pacat tu tak apalah sebab memang habitat dia dalam hutan. yang paling tak best ialah sampah bersepah-sepah. kita tengah mandi pun sampah lalu lalang depan batang hidung. tolonglah bertanggungjawab sikit wahai rakyat Malaysia. aku rasa kecewa sangat tengok orang-orang yang tak bertanggungjawab macam ni. 

Cakap banyak tak guna, jom layan gambar!





cik abang yang gagah perkasa tolong angkat makanan



























apa pun, masa ni semua orang gembira dan menikmati percutian yang indah walaupun ringkas. yang paling penting kita dapat meluangkan masa dengan keluarga dan saudara mara. harap-harap saat indah ini akan berulang lagi. Amin!

Tuesday, 4 April 2017

Berhenti kerja

Serasa seolah-olah separuh nyawa aku hilang melayang. Rutin aku bertukar. Emosi aku terjejas. Masa depan aku? Aku serah sepenuhnya pada Allah yang maha kuasa. Tahun ini tahun yang ke 9 aku bekerja di ICCE. penuh suka, penuh duka. Pelbagai pengalaman yang aku tempuhi. Dari tak pandai buat surat, tak reti guna mesin potostat, tak mahir microsoft word dsb, aku jadi tahu. Sebab apa? Sebab ilmu yang aku perolehi semenjak bekerja di sana.

Akhirnya, aku berhenti kerja. Atas sebab apa? Sesuatu mendesak. Banyak faktor. Banyak dugaan. Banyak masalah. Aku kecundang. Tak boleh bertahan walau banyak pengalaman. Sebab apa? Sebab Allah lebih mengetahui apa yang tersirat dalam hati aku. Sebab Allah lebih mengetahui tahap kekuatan dalam diri aku. Sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri aku. Aku berserah pada Allah. Berserah sepenuhnya.

Sayang sungguh nak meninggalkan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan memahami. Bukan tak boleh berkawan tapi suasananya dah berubah. Dah tak sama. Kita bekerja seharian bersama dah ibarat adik beradik. Bergurau senda, berkongsi makanan, berkongsi cerita suka duka dsb. Sungguh, tempat aku bekerja ni dahulunya dan beberapa ketika sebelum aku melangkah pergi, kami semua ibarat satu keluarga. Kau sedih aku pun turut sedih. Kau suka aku pun turut suka. Aku susah kau tolong. Kau susah aku tolong.

Banyak lagi tempat kerja yang begini tapi aku merasainya di ICCE sehinggalah sesuatu mendesak. Aku berhenti kerja. Iya! Aku dah berhenti kerja. Sepanjang tempoh bercuti aku rasa juga sedih tapi dalam masa yang sama aku rasa gembira sebab sesuatu yang mendesak akan aku tinggalkan. Sampailah ketika saat aku menyerahkan segala yang telah dipinjamkan. Ketika itu aku tersentak, aku akan pergi dari sini buat selamanya. Sedihnya tak terkata. Bilakah lagi akan aku bertemu dengan rakan-rakan yang terlalu baik dan istimewa ini. Allah lebih mengetahui.

Selamat tinggal ICCE. aku tak pernah bencikan kau. Aku cintakan kau sepenuh hati aku tapi sesuatu mendesak. Aku terpaksa pergi. Jagalah dirimu baik-baik. Semoga kau sentiasa maju dan berjaya. Amin.

Buat rakan-rakan yang sedang berjuang ( kanom, asrufi, naz, en. Zaki, mimi, amirul, zul dll) aku sentiasa doakan kalian kuat dalam menempuh dugaan yang semakin memberat. Moga Allah berikan kekuatan buat kalian dalam menghadapi hari-hari yang mencabar di sana. Moga Allah permudahkan urusan kalian semua. Moga Allah melimpahkan keredhaanNya kepada kalian. Moga kita semua dilindungi Allah dari kecelakaan. Apa sahaja yang kalian sedang lakukan, aku berdoa kehadrat Ilahi agar kalian berjaya dan semoga Allah mengampuni dosa kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayah agar kita sentiasa berada dalam landasan iman. Amin.

Aku mohon maaf kepada kalian kerana terlalu banyak berkasar bahasa dan perbuatan, berkira dan menyakiti hati kalian samada sedar atau tidak.

Semoga berjumpa lagi.

Saturday, 11 March 2017

berat badan bertambah

Salam 1Setapak

kali ni kita cerita sikit pasal berat badan. jenuh aku berdiet nak turunkan berat badan. dari tahun 2014 on off membawa ke 2015 hingga ke 2016. dapat le kurangkan 11kg. dari 70kg jadi 59kg. masuk tahun 2017, bulan 3 ni mendadak naik. tak byk pun. 2kg je. tp bayangkan 3 tahun aku berhempas pulas baru dapat turun 11kg. sebulan je aku tak jaga makan terus naik 2kg. ini tak boleh jadi. tambah-tambah lagi aku dah letak jawatan. sekarang aku tengah sedih dan murung, patutnya tak selera makan. tapi jadi sebaliknya. bertambah-tambah selera makan aku. apakah maknanya? muahahaha

tengah mandi boleh teringin nak makan creampuff sampai bertakung air liur. hahaha..makanan ni semua boleh menaikkan berat aku.ini tak boleh jadi. aku mesti lakukan sesuatu. Ya! aku mesti dapatkan creampuff supaya aku tak kempunan. muahahha..

takde gambor nak share.

tu je. bye!

Wednesday, 1 February 2017

Projek menjahit 3-gunting kain menggunakan pola

salam 1Setapak.

kali ni aku nak update kelas menjahit yang seterusnya. pola baju kurung dah siap dah hari tu tp sebab tak beli kain lagi, tak dpt la aku tekap dan gunting. kelas semalam aku dah tekap dan gunting. tekap bukan sebarang tekap. kena tau macam mana nak lipat kain untuk ditekap pola. kena tau ira kain supaya semua elok selari. 

moh kita layan gambau

mula-mula kita tekap pola badan dulu. lipat kain jadikan 4 lapisan.

sudut kedua dr atas bahu. sebelum gunting, lebihkan basi jahitan 1/2".

pesak pun sama juga

sudut pandang dari sambungan bahagian ketiak.

lengan

lengan ni ada unik sikit nak potong. sebab kain aku kain x bercorak, jadi nak potong kene tgk ira kain supaya selari dgn badan. dulu2 masa menjahit dengan mak, mak lipat jd 4 lapisan mcm badan dan terus potong. jadi terus dapat 2 helai lengan. smlm ada isu dgn ira kain, jadi kene buat satu2. lepas potong satu lengan kene terus surih sbb kita nak tekap pola yang sama atas kain lain. 

kekek

kekek ni patutnya lebihkan 1/2" je. tapi semalam aku ckp dgn cikgu aku takut terlebih amik kain masa jahit tepi. jadi cikgu suh tambah basi jahit lagi 1/4". so semua skali basi jahit jadi 1"

leher. masa nak potong leher, kain bahagian badan tak berapa cukup. jadi cikgu suruh aku gunting kain bahagian bawah dulu. lebih tu baru amik utk leher. tekap pola leher atas kain dan potong. jangan potong bulan baju tu dulu. tekap lagi atas kertas gam.  lepas selesai, lekatkan kertas gam atas kain. kene seterika utk lekatkan kain tu. tgk hasil kat bawah.

jadi macam ni bila dah diseterika.

masa ni tekap balik pola dan buat bulatan tu.

macam ni. nampak?

dah lukis, kau potonglah. senangkan?

lepas dah tekap semua tu kau potong satu-satu. dah potong lipat elok2 letak tepi. mulakan dengan pola badan dulu.

tekunnya..berlakon je ni. hehehe

mengigil-gigil tangan nak gunting. takut salah. tp cikgu gunting laju gila. dia dah biasa. lama2 nanti pun kita boleh jadi mcm cikgu. kena usaha.

lepas dah gunting, kene surih sbb kita akan tanggalkan pola kertas tu nanti. kalau dah surih senang nak jahit sbb ada panduan basi jahitan.

surih jangan tak surih. jenuh juga menyurih ni. tak siap pun smlm. aku sambung kat rumah je.

surih lagi

haa ni la hasil lps surih. nampak garisan merah tu?

yayyy..hari khamis bole jahit tepi dan sambung.


kepada sesiapa yang bosan tak tau nak buat apa kat rumah, sertailah kelas-kelas menjahit dikawasan anda. insyaallah amat bermanfaat.

sekian dulu utk kali ni. bye!