Sunday 9 December 2012

MARI MAKAN; NASI KEPAL

Di suatu hari yang sunyi, lepas bangun solat subuh perut aku bukan main lagi meragam minta makan. Ermm nak makan apa ye. Nak masak malas tapi perut lapar ni. Tiba-tiba datanglah satu idea memasak yang ringkas dan sedap. Ini dia, NASI KEPAL....

nasi kepal @ bebola nasi

ini adalah alat utk membuat nasi kepal

Senang saja nak buat nasi kepal. Masak nasi satu pot. masak biar lebih sikit air supaya nasi tu lembik senang nak kepal. Lepas tu tumis cili boh. Cili boh ni aku buat sendiri bukan beli yang dah siap tu. kalau yg dah siap tu rasa dia tak sedap. oh ye sebelum tumis tu goreng dulu ikan bilis garing-garing. Berbalik pada cili tumis tadi, kalau dah garing boleh la masukkan garam dan gula secukup rasa pastu masukkan juga bawang merah yang telah didadu. ikutlah korang nak letak banyak mana. Lepas beberapa minit haa boleh la masukkan ikan bilis, biar sekejap bagi dia sebati pastu matikan api.

Masukkan sambal ikan bilis tadi dalam mangkuk besar seperti di gambar rajah. Masukkan nasi, kemudian gaul. Haa lepas tu kepal-kepal la sampai habis nasi dalam mangkuk tu. Kalau nak makan bebola nasi besar haa buat la besar-besar. Kalau tak buat la kecil-kecil saja. Baru sedap nak makan. Makan nasi kepal ni boleh bawak sampai ke tengah hari kenyangnya. Yess sekali masak je. Toksah buat kerja dua tiga kali. Hahaha...

p.s: perkataan mudah untuk resepi ni sambal tumis ikan bilis campur dengan nasi kemudian kepalkan menjadi bebola.





SELAMAT MENCUBA!!






Wednesday 2 May 2012

keranamu plastik

pada suatu tengah hari yang panas berdenting, aku telah mengambil keputusan untuk membeli roti kapit sebagai menu santapan tengahari aku kerana ramai nau yg beratur nak beli nasi. aku pun telah mengambil dua roti kapit berisi sardin dan menghulurkan roti tersebut kepada pakcik tokei kedai. maka sesi perbualan aku dan pakcik pun bermula......

pakcik: ni dua ringgit je ni.

aku: ok pakcik, ni duitnya.

pakcik: ehh kamu nak plastik ke?

aku: ehh mesti la pakcik.

pakcik: yang kamu letak roti ni kat cni buat ape. lenkali bg tau la kamu nak plastik. ni kamu hulur kat pakcik..mn pakcik tau kamu nak ape.(nada yg kasar)

aku: ehh ehh kalo sy hulur roti ni kat pakcik mesti le sy nak plastik.

pakcik: lenkali ckp..tau tak lenkali bg tau..(nada yg kasar juga)

aku: (aku da start naik hangin) ehh pakcik, sbg seorg peniaga pakcik kene le tau tugas pakcik. dah sy hulur roti tu kat pakcik mesti le sy nak plastik. (nada yg tinggi nih).

pakcik: hehehe, nah ni duit baki. (dalam nada yg malu2 alah).

aku: terima kasih bebanyak le pakcik oiii..


tak pasal2 aku pekik kat pakcik ni depan org lain. tetibe je nak tempelak org pulak..ko meniaga ko kene le tau tugas ko..takkan le aku hulur roti tu aku nak suh ko makan..gile ke ape..dah org hulur tu sbb nak suh bungkus le..adoii bodoh mcm bontot kuali..tak pasal2 ko da malukan diri ko sendiri pakcik..nasihat sy kepada pakcik si penjual roti kapit ni, gunakan akal fikiran untuk elak kebodohan.

ni le pepatah aku ada menyebutkan cerdik takleh nak di hikut, bodoh takleh nak di hajau..