Tuesday 12 September 2017

Mari kita berniaga



Salam semua...

Selepas hampir 5 bulan berhenti kerja, Allah bukakan jalan untuk aku berniaga kuih atas bantuan Mak Mala. aku tak pernah terfikir langsung nak menjual kuih. aku sibuk nak jual baju la, jual sarapan pagi la, jual buah potong dan sebagainya. Akhirnya aku memilih untuk jual kuih muih tradisional. aku masih lagi berharap untuk dapat kerja tapi nak dapat kerja tetap semula tu macam susahlah sikit. tapi bila dah mula berniaga aku rasa seronok sangat. ada masa kita sendiri. tak terikat dengan peraturan tapi kita kena cipta peraturan kita agar tak terlalu leka. berniaga kena ada peraturan dan displin tapi tak sama la macam kita makan gaji. 

Lepas dah pergi 2 kursus yang sangat bermanfaat, tibalah masanya untuk kita mula berniaga. Mula-mula kita cipta jenama kita sendiri dan logo. lepas tu kita pasarkan produk kita. tapi aku keluarkan barang tanpa letak sticker sebab tak siap lagi. nak tunggu logo n sticker siap nanti jadi lambat. jadinya kita bergerak dulu tanpa sticker dan jenama. sebulan setelah barang masuk dipasaran (lebih kurang), barulah aku letak sticker. merayaulah aku dari kedai ke kedai untuk letak sticker jenama sendiri. biar lambat tapi jangan tak buat langsung. Moga usaha aku dipermudahkan oleh Allah.

kuih muih aku da masuk di beberapa kedai berdekatan merlimau dan ada satu di KL. Kedai-kedai tersebut adalah:
  1. Kedai Kek Debunga, Taman Debunga, Merlimau
  2. Kualiti Mekar Sdn. Bhd, Telok Mas (lebih dikenali sebagai kedai salleh dalam)
  3. Ameer Fresh Mart, Taman Pertam, Semabok
  4. Ameer Fresh Mart, Duyong
  5. Kedai Anak Dara, Banda Hilir (betul-betul sebelah menara Taming Sari)
  6. Azzahrah serbanika, Masjid Sultan Alam Shah, Jalan Tun Razak, KL

Kepada sesiapa yang berminat dengan kuih-muih saya, boleh la dapatkan di kedai-kedai tersebut atau boleh terus berhubung dengan saya. Kuih apa yang saya jual? Jom tengok gambar di bawah:










sebatang RM 5. harga dalam gambar tersilap. 

Jangan malu, jangan segan. meh hubungi saya kalau teringin nak merasa kuih-muih yang sedap ni. tapi bergantung pada stok ya. tq


Kursus Rancangan Perniagaan (Business Plan), Johor

Selamat datang semua!

entry sebelum ni kita pergi kursus pemasaran, entry kali ni kita pergi kursus rancangan perniagaan pula. ya! pening kepala. lebih lagi kita yang tak mula berniaga ni. dah mula sikit tapi baru seminggu berniaga. ahh ok la tu kan baru seminggu berniaga dah masuk kursus ni. harap-harap berguna di masa akan datang. 

Semalam ada pegawai dari kementerian pertanian called dan tanya nak tak masuk kursus perniagaan dekat melaka. wahh teruja la aku. mestilah nak sertai sebab yang pertama kali datang hari tu tak berapa faham. malangnya kursus tu akan berlangsung tatkala aku masih berada di kuala lumpur. tak daya la aku nak bergegas balik lagipun ada urusan yang perlu aku selesaikan di kl.

Mudah-mudahan ada rezeki lagi lepas ni nak masuk kursus RP.

Jom tengok gambar..

Hari pertama


hari kedua. masih tersenyum walaupun pening lalat. hehehe


Ini dia penceramah kita

Dapat sijil lagi. Terima kasih En. Khalid. Lepas ni tak jumpa lagi sebab en. Khalid dah nak pencen bulan 10 nanti

sebelum pulang kita bergambar dulu. kenang-kenangan.
Selamat tinggal..

Kursus Pemasaran dan Penjenamaan Produk, Melaka

Salam semua!

Entry yang ni berkenaan dengan penyertaan aku dalam kursus pemasaran dan penjenamaan produk. Mak Mala yang berusaha letakkan nama aku dalam kursus ni. Terima kasih Mak Mala. ini pertama kali aku datang kursus macam ni. datang dengan tak ada pengalaman berniaga, tak ada produk sendiri. rasa kagum sangat dengan orang lain yang datang dengan produk masing-masing. walaupun kita tak pernah dengar jenama mereka tapi mereka dah lama dalam pasaran. ada satu jenama ni aku terperasan kat pasar tani Merlimau dan kebetulan abg ipar aku ada beli juga. Krattt! yup itulah jenama air detoks. ringkas dan senang nak ingat. aku suka sangat dengan nama produk ni. apa-apa pun aku doakan semua orang berjaya!

untuk orang yang tak ada pengalaman dan baru sangat nak menceburkan diri dalam perniagaan, kursus ni betul-betul hadir pada tepat waktunya dan sangat-sangat berguna. alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku. aku dapat ilmu sebelum mula berniaga. aku akan gunakan sebaiknya. 

Terima kasih Allah!

jom layan gambar...


tengah bersedia untuk buat sesi hati kering


sesi hati kering bersama dengan usahawan-usahawan yang hebat


chef adly, usahawan berjaya..semoga lebih berjaya!

usahawan-usahawan yang sangat baik hati dan gila2

sebelum berpisah kita dengar sepatah dua kata dari tuan pengarah

penyampaian sijil

Dr. Hazane (tshirt pink) yang sangat garang dan pemurah dalam mencurahkan ilmu. tq Doc!

yayy dapat sijil
Alhamdulillah..semoga aku akan beroleh lagi ilmu-ilmu yang bermanfaat di masa akan datang. Insyaallah!

Raya Haji 2017

Alhamdulillah, masa aku pos entry ni dah berlalu dah raya haji yang penuh barakah. tahun ni aku sambut kat rumah nenek tom (emak kepada mak andak aku). bersihnya rumah nenek tom. lantai takde rasa berminyak walau sedikit pun. terbaiklah nenek tom. walaupun dah berusia (dah bongkok tiga tau) tapi dia masih lagi sensitif dengan kebersihan. aku harap aku pun akan jadi pembersih macam nenek tom. 

Makanan hari raya semua sedap-sedap. mak andak masak, Cik Puji (adik mak andak. dia lelaki) masak. semua sedap. aku melantak dari pagi sampai petang. fuhhh!

jom layan gambar...




borak-borak sikit sambil buat kopi :)

ni dia adik-adik sepupuku yang baik dan sporting


berangan la kejap depan laman nenek tom. 








inilah lembunya..dah masuk syurga dah dia..alhamdulillah~

jom balik homestay!




singgah beli makanan dulu walaupun dah kenyang. tengok badan kami la kan. hahaha

oh budak ni memang suka kembangkan hidung..


itu sahaja untuk entry raya haji. jumpa kat entry lain.

Selamat tinggal!

mandi-manda di Gunung Belumut, Batu Pahat

Assalamualaikum semua,

fuhh setelah sekian lama, bertahun-tahun. dengan tak ada masa, dengan isu kencing tikus bagai, aku dah lama tak menjejakkan kaki aku di mana-mana air terjun dekat Malaysia ni. Sampailah suatu ketika, tengah lepak-lepak dekat rumah Mak Mala (mak sedara aku), tercetus idea untuk pergi berkelah di Gunung Belumut. Mak Mala yang ajak secara tiba-tiba. Kami yang ada masa tu terus teruja. apa lagi, semua terus setuju. Keesokan harinya kami bertolak dua kereta untuk pergi berkelah. Mak Mala masak nasi, asam pedas ikan mayong, sayur goreng dan ikan goreng. Kami yang muda-muda ni bawa roti, air, jajan dan sebagainya. Lupa nak ambil gambar makanan sebab dah lapar sangat dan teruja nak berendam.

cantik sangat kawasan gunung Belumut tapi ada pacat. aku tak suka pacat. Dak anyah dah kene gigit sikit tapi sempat perasan. jadinya tak sampai berdarahlah. gatal kata dia. berhari-hari rasa gatal. lepas makan cepat-cepat kami turun je air sebab takut kene gigit dengan pacat. Masa tengah makan pun aku nampak pacat lalu depan aku. eewwww!!

pacat tu tak apalah sebab memang habitat dia dalam hutan. yang paling tak best ialah sampah bersepah-sepah. kita tengah mandi pun sampah lalu lalang depan batang hidung. tolonglah bertanggungjawab sikit wahai rakyat Malaysia. aku rasa kecewa sangat tengok orang-orang yang tak bertanggungjawab macam ni. 

Cakap banyak tak guna, jom layan gambar!





cik abang yang gagah perkasa tolong angkat makanan



























apa pun, masa ni semua orang gembira dan menikmati percutian yang indah walaupun ringkas. yang paling penting kita dapat meluangkan masa dengan keluarga dan saudara mara. harap-harap saat indah ini akan berulang lagi. Amin!