Tuesday 26 July 2011

ayat² yang memualkan lg meloyakan.

bertanya pada kawan yg mmg gemuk padahal die cantik kenmain:

ayat 1:
alaaa rs mcm da gemuk la. sume org tegur kate nape makin comel ni. mcm mn nak buat ek. gemuk ke kita?

ayat 2:
hurmmm tembamnye pipi ni. ade tak cara nak buatkan pipi ni kempis?

ayat 3:
eee tak suka la org asyik tegur kite makin tembam n comel. cemana ek nak kuruskan badan?

ayat 4:
tgk la perut sy ni. makin buncit la. kita da buat mcm2 cara nak kempiskan perut tp tak menjadi. tolong la kita.


~macam harharharharamjadah~


harry potter; sudah tiba penghujungnya

sumber gambar; http://www.imdb.com

akhirnya dapat jg aku tgk cerita harry potter pujaan hatiku. dah semestinya jalan cerita yang menarik. plot tersusun indah. lakonan mantap toksah cerita. walaupun semuanya menarik tp takde apa yang menjadi kejutan sbb aku da bc buku harry yg last ni 5 6 kali siap memvisualkan cerita ni dlm kepala hotak aku. lakonan watak utama harry ni mmg hebat. deme ni kenmain lg pandai berlakon. takde secebis pun nmpk palsu baik riak muka atau pun dialog. lepas ni takde dah harry potter. baca jela buku yang ada. sementara ade lg kat panggung ni baik korang pegi tgk. tak rugi sbb mmg best gila babas kari kepala ikan.  


p/s: buat deme yg suka mengusik/menghina org yg tak cantik, ketahuilah bahawa korang adalah bodoh spt kuali beger berkerak 7 8 bulan tak basuh.




diskriminasi; cantik vs tak cantik


malam ni aku takleh nak tdo memikirkan perkara ni. tak leh lelap mata langsung. salah ke menjadi seorang yang tak cantik. yang tak cantik tu mmg sepatutnye diperlekehkan ke. diejek2, dibeza2. org cantik ada perasaan, orang tak cantik pun punya perasaan. jgn la dibeza2kan. luka betul hati aku ni bila org asyik membeza2kan cantik dgn tak cantik.


aku tergolong dalam kategori yang tak cantik tp sbg manusia aku ada perasaan. agaknya apa perasaan korang kalau hampir setiap hari korang kene usik dgn cara dibanding2kan dgn opismate korang yg cantik. luka hati ni tau tak. perit sgt. tak cantik tak semestinya tak bgs. tak cantik tak perlu diejek. itu kurniaan ilahi. jauh dari kudrat aku. semuanya pemberian tuhan. tak boleh ke terima seadanya. masih perlu ke budaya beza membeza.


aku tak tau la smp bila nak tahan sume ni. mcm sial. paling menyedihkan bila jalan dgn opismate yg cantik org hanya akan menyapa si cantik je. yg tak cantik mcm tak wujud. halimunan. bila makan semeja si cantik jd keutamaan, si tak cantik jd halimunan. perit sgt bila ada org mengusik dgn membeza2kan si cantik dgn yg tak cantik dpn org ramai. 


aduhai, kami punya perasaan wahai manusia durjana. jgn dihina kami ni. kurniaan ilahi tak terdaya kami menolaknya. berkawan pun mcm tu. ada kasta. kau tak cantik kau pegi mampus. yg cantik aku layan first class. yang cantik jd kwn setiap ms. yang tak cantik jd kawan bila perlu. mmg sialan.




Tuesday 5 July 2011

ada orang buat permintaan letak gambar dia dalam blog ni

atas permintaan ibu mengandung, akhirnya dapat jugak aku letak gambar dia dalam blog aku. hehehe




semuanya muka kekenyangan. jadi senyum sampai ke telinga.




ye sy yang memandu. jadi saya tak bole la nak pandang kamera.




tapi atas desakan dua makhluk tu. terpaksa la jgk saya pandang.




ok. sume pandang depan (posing lapuk)




memperkenalkan.....dua ekor nyah penggemar nasi kukus ayam rempah..hahaha






Saturday 2 July 2011

jom try buat kimbap

dah lama dah teringin nak buat kimbap ni. nasib baik ade cik tinta kedua. die la yang tolong buatkan. aku tolong jgk, tolong amik gambo. hehehe. ini makanan org korea. sebelum ni ade tgk cerita korea, bila diorg makan nmpk sedap je. tu yang nak try buat. dapat la jgk buat walaupun bahan2nya main hentam je.
jadi sekarang mari kita lihat bahan2 yang perlu ada untuk membuat kimbap ini.




seperti yg tertera dlm gambar, kita memerlukan segulung tikar buluh dan bahan2 tertutup tu jom kita tgk kat bwh.



bahan seterusnya nasi panas. kalau org korea rasanya diorg gn sticky rice. tp rice yg aku guna ni rice bese yg kita makan hari2 tu. elok masa tgh panas2 sbb nasi tu senang melekat.



haa ni la dia bahan2 yang tertutup tadi. fillet ketam, timun dan sambal tumis. kalau nak letak lobak merah pun boleh. sambal tumis tu  saja je kami letak sbb org melaka ni tak sah kalau takde sambal tumis. kalau taknak gn bahan2 mcm di atas pon boleh. ikut citarasa sendiri ye.



bahan utamanya adalah seaweed. boleh beli kat tesco. tp tak byk jual. kena cari betul2. ni pun aku ternampak  jadi dpt la beli.



langkah yang pertama, letak seaweed tu atas tikar buluh, kemudian letak nasi panas. letak separuh je mcm kat atas supaya ms gulung nnt die jd cantik dan tak terlebih2.



bila da siap boleh la letak sambal tumis tadi. ratakan seberapa byk yg anda mahu.



lepas tu boleh la susun timun. oh ye timun tu jgn lupa potong memanjang mcm tu. senang nak susun nnt.



kemudian letakkan fillet ketam sebelah timun.



tadaaa....jadilah rupa bentuknya begini.



aktiviti seterusnya adalah menggulung semua bahan2 td. hiyah..hiyahh. pastikan anda gulung ketat2 supaya ms potong nnt cantik je.



mcm ni la jadinya.



dah siap boleh la potong. potong elok2 sama besar.



siap untuk dimakan. kalau anda nak pegi berkelah ke boleh la bwk benda ni sbb kenyang jugak makan kimbap ni. boleh pelbagaikan isi dalam tu. ikut kreativiti anda sendiri.


~selamat mencuba~





Wednesday 29 June 2011

pelangi indah di awan biru

aku jumpa pelangi ni masa nak exam 26 june hari tu. setiap kali nak exam, pagi tu mesti ada pelangi. cantik sangat. jom tengok gambar kat bawah ni.



masa ni memula aku pasan ade pelangi



try zoom. jelas jgk warna dia.


dari jauh je ni. sayup2 je kete aku tu. siap bergegar lagi.


cantik betul


patutlah orang cakap pelangi ni indah. kalau tgk mmg tak puas.


ada tujuh warna. aku sempat kira masa tu. hehe


tengok la. cantikkkkk sgt.








masa aku tgh leka-leka amik gambau ni. ade kawan aku jerit dari jauh.



"kakkkkkkk, jgn amik gambar pelangi tu, nnt tangan kudung"






Thursday 9 June 2011

ada 5 setoberi dalam bilik saya


yang ni hadiah dari cik tinta kedua..hadiah utk kereta baru..terima kasih ye :-)



yang ni masa g cameron..sume benda mesti ade setoberi..hehehe



yang ni pun sama. dari cameron jgk..


yang ni punnnnnnnnnnnnn..



ye..dah tentu yang ni pun dari cameron..

sy bukan la peminat setoberi..tp bile tgk tu rasa tertarik pulak..agaknya kalau buah ni manis tentu lebih sedap.. i tak suka masam la cik mon..huhu




Wednesday 8 June 2011

meredah kabus yang indah

ye sy yang memandu..betul..tgk la tu..kan betul tu..
~tebal betul pipi aku~


haa ni dekat sikit..tgk pokok² kat luar tu sume berbalam²..itu tandanya sy yg bwk kete..lgpon kan stering pada sy. huh!
sy akan meredah kabus yang tebal tp sgt cantik.tak tau la pasal ape berkabus sbb tak ujan pun waktu tu..mgkn sblm tu ujan kot.

ye sepertimana yg anda lihat..kabussssssss..sejukkkkkkkkk..jauhhh dan menjauhhhh..

yayyy sy telah ditinggalkan oleh rori dan kete itu..yahh yahh yahhh..jg² cik salmah..sy kejar ni.




Wednesday 13 April 2011

aku yang terkecewa

Pagi² lagi aku dah kecewa hari ni. Rutin aku setiap pagi bila sampai di opis keseorangan adalah membuka blog FAISAL TEHRANI. Beberapa hari yang lepas, aku buka tapi takde apa² update entri dari beliau sehinggalah hari ini. Dan betapa kecewanya aku bila secara rasminya beliau mengatakan ini merupakan entri yang terakhir kerana beliau mahu meninggalkan dunia blog ni.


Terasa macam baru putus cinta. Kecewa yang teramat sangat.


Aku merupakan pembaca tegar karya faisal tehrani dan blognya. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari blog beliau. Sebagai peminat karya faisal tehrani aku sangat menghormati keputusan beliau. Semoga terus maju jaya. Semoga sentiasa tabah menghadapi tohmahan. Semoga sentiasa berada di jalan yang lurus. Semoga usaha anda dalam membantu ummah dari kegelapan sentiasa mendapat pertolongan Allah. Dan semoga usaha anda diberkati sehingga ke akhirnya. Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan faisal tehrani.

Sekian.



Saturday 9 April 2011

mari makan-makan :-)

Gambar ni dah lama dah. Cuma tak sempat nak upload. Rasanya da 2 minggu lebih kot aku peram gambar ni. Masa ni pegi makan berdua je ngan kak ayu. Orang lain semua tak ada. Cuti je kejenya.


dekat sri gombak

setakat ni baru dua kali aku makan kat sini. boleh tahan juga la makanannya. bubur nasi sedap gak. terlupa nak amik gambar makanan.




kak ayu aka vacuum

kak ayu mengalami masalah memilih makanan. mula-mula nak makan bubur nasi. last² makan kuew tiau sup. pastu sebuk cege aku punya bubur..huhh





saya sudah gembira sebab dapat pilih makanan. yay... kata kak ayu kepada dirinya.














tengok. Sabar separuh dari iman. 







Monday 21 March 2011

mari tengok wayang lagi

merong ke mars needs moms?


Agak-agaknya nak tengok yang mana satu ye. Hai susah nak buat pilihan ni. tapi akhirnya aku memilih cerita kartun itu. muahahaaa





yay dah sudah tengok wayang. bestnya.






cerita yang agak mengecewakan.






belakang tu rasanya genting. yang sayup² tu.






Kuala Lumpur waktu malam






nak balik dah. selamat tinggal.



mengapa masih tak faham bahasa

LADIES = PEREMPUAN

rasanya kalau tengok pelekat kat atas tu da bole paham dah. perempuan dengan anak lelaki dan perempuan dibenarkan. perempuan perempuan dibenarkan. lelaki tidak dibenarkan. perempuan lelaki juga tidak dibenarkan.






gambar di atas ini juga menunjukkan perempuan. sangat jelas dan nyata isyarat tersebut. cuma orang buta je yang tak dpt nak bezakan sebab dia tak nampak. tapi kalau orang yang celik biji mata tapi buta mata hati mcm ni la jadinya....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



mengapa kau masih tak mengerti duhai lelaki.