Saturday 2 July 2011

jom try buat kimbap

dah lama dah teringin nak buat kimbap ni. nasib baik ade cik tinta kedua. die la yang tolong buatkan. aku tolong jgk, tolong amik gambo. hehehe. ini makanan org korea. sebelum ni ade tgk cerita korea, bila diorg makan nmpk sedap je. tu yang nak try buat. dapat la jgk buat walaupun bahan2nya main hentam je.
jadi sekarang mari kita lihat bahan2 yang perlu ada untuk membuat kimbap ini.




seperti yg tertera dlm gambar, kita memerlukan segulung tikar buluh dan bahan2 tertutup tu jom kita tgk kat bwh.



bahan seterusnya nasi panas. kalau org korea rasanya diorg gn sticky rice. tp rice yg aku guna ni rice bese yg kita makan hari2 tu. elok masa tgh panas2 sbb nasi tu senang melekat.



haa ni la dia bahan2 yang tertutup tadi. fillet ketam, timun dan sambal tumis. kalau nak letak lobak merah pun boleh. sambal tumis tu  saja je kami letak sbb org melaka ni tak sah kalau takde sambal tumis. kalau taknak gn bahan2 mcm di atas pon boleh. ikut citarasa sendiri ye.



bahan utamanya adalah seaweed. boleh beli kat tesco. tp tak byk jual. kena cari betul2. ni pun aku ternampak  jadi dpt la beli.



langkah yang pertama, letak seaweed tu atas tikar buluh, kemudian letak nasi panas. letak separuh je mcm kat atas supaya ms gulung nnt die jd cantik dan tak terlebih2.



bila da siap boleh la letak sambal tumis tadi. ratakan seberapa byk yg anda mahu.



lepas tu boleh la susun timun. oh ye timun tu jgn lupa potong memanjang mcm tu. senang nak susun nnt.



kemudian letakkan fillet ketam sebelah timun.



tadaaa....jadilah rupa bentuknya begini.



aktiviti seterusnya adalah menggulung semua bahan2 td. hiyah..hiyahh. pastikan anda gulung ketat2 supaya ms potong nnt cantik je.



mcm ni la jadinya.



dah siap boleh la potong. potong elok2 sama besar.



siap untuk dimakan. kalau anda nak pegi berkelah ke boleh la bwk benda ni sbb kenyang jugak makan kimbap ni. boleh pelbagaikan isi dalam tu. ikut kreativiti anda sendiri.


~selamat mencuba~





4 comments:

  1. gila la tarikh ni. aku buat hari sabtu, hari jumaat pulak die tulis kat ctu.

    ReplyDelete
  2. gemuknye tgn yg buat tu..tgn awak ke tu... lagi satu nan tanye..sedap ke pakai sambal? org korea letak ape gnti sambal..kalau mcm ni nama die bukan kimbab..mungkin kimbib je terus.

    ReplyDelete
  3. mungkin awk yg nak kene dimbik ngan sy.

    ReplyDelete
  4. ehem ello... tgn itu tgn saya ya... harap maklum kuikuikui

    ReplyDelete