Monday, 30 January 2017

Berkebun pulak..

Salam 1Merlimau.

Berkebun pulak entry aku kali ni. Adakah aku dah tidak menjahit? Oh tidak. Masih menjahit cuma dah alang2 balik merlimau, bole le tolong mak aku alih pasu, tanam itu, tebas ini. Hehehe.

Alkisah, beberapa minggu yang lalu, aku ada beli pokok sireh dengan mak dekat pasau tani merlimau. Tapi dek kerana masa suntuk, x dpt le aku nak tanam elok2 dalam pasu lepas beli tempohari. Hari ni baru le dapat alihkan dalam pasu. Tanah pun dah siap2 beli kat tesco semalam. Puaslah hati aku da dapat alihkan pokok sireh dari dalam topong ke dalam pasu. Mudah2an hiduplah segar bugar. Mak suruh letak sebelah pokok bunga cina atau dikenali sebagai pokok bunga pecah kaca. Padah2 wangi bau bunga tu. Suka betul aku.

Mak suruh aku buang rumput yang da menutupi pokok bunga teropong mak. Padah liat rumput tu. Batang rumput da nak jadi dahan pokok. Berposah le aku menarik rumput tu. Kalau takat gunting je nanti tumbuh balik. Kene tarik dengan akau dia skali.

Mak aku bagi arahan, tarik sana tan, haa yang tu, tarik tan..kuat lagi..kuat lagi..yg sebelah sana tu..haa tarik2..kuat lagi..kuat lagi. Si tinta kedua hapah x nolong. Dia jadi assistant mak. Dalam pada aku berposah menarik rumput yang da nak jadi pokok tu, tetibe kedengaran bunyi sesuatu...praaapppppp..

Omg! Aku terkentut ke. Hahahahah. Punya la kuat akau rumput sampai terkentut. Tapi setelah aku selidiki, rupanya bukan kentut, tapi kain batik aku da mereput sampai terkoyak. Alaaaaa sayangnya kain batik. Dah beberapa helai da mereput. Duduk je prappp..koyak..nasib juga ada beli beberapa helai kat terengganu hari tu. Masa tu nak beli lebih tapi rasa semua elok lagi. Beli sikit je. Skrang da mereput da. Macam tetau je kita nak g kelantan nanti. Cisss!

Cakap banyak tak guna, Jom jengah gambau orang berkebun..

Bersama emak tercinta..makkk, nak gelang kaki makkk..hehe

Cili padi dan cili hijau yang tak cukup zat matahari..halus je. Org yang tanam gemok gedempol.

Pokok sireh aku. Lalala..moga membesar dengan baik.

Haa ni la pokok bunga cina atau bunga pecah kaca. Wangi kenmain.

Hasil yang dapat dituai. Sesembih je. Jadi la.

Pokok pecah beling. Berkali2 aku tanya mak nama pokok ni. X hingat2. Padah2 benak. Mana le mak x marah. Hahaha

Cili api ke cili akau.

Cili hijau yang halus

Tomato tak besar lagi

Wahh menjadi la pokok kesum mak. Payah bela pokok kesum. Alhamdulillah kali ni hidup segar.

Pegaga. Sesembih. Jadi le.

Lobak katanya. Mcm x berapa menjadi.

Limau purut mak x pernah mengecewakan. Tapi kali ni daun2nya da jd kuning2. Harap2 hidup la dgn baik.

Pokok asam da berbunga lagi.


Hello!
Itu je dulu untuk entry kali ni. Daaaa 😊😊😊

Sunday, 29 January 2017

Projek menjahit 2-rumah butang

Salam 1merlimau..

apakah rumah butang? Ko ingat ko je ada rumah. Butang pun ada rumah. Untung butang, dia ada rumah xyah buat loan mcm kita. Kelas minggu lepas sebelum cuti raya cina, aku belajar buat rumah butang. Walaupun baru je dapat setelkan pola baju kurung, aku dah belajar buat rumah butang. Sebab apa? Sebab aku tak bawa kain untuk digunting jadi lepas setel gunting pola, aku duduk melangu je. Nasib baik ada kawan nak buat rumah butang tapi x pandai. Jadi cikgu pun ajarkan buat rumah butang. Dapatlah aku belajar sekali buat rumah butang.

Tapi masa tu aku x buat pun lagi. Aku cuma tengok je dulu. Balik rumah mak, aku belajar dengan mak aku yang garang tu. Sah2 kena marah. Mak aku tu memang garang, bertambah garang bila ada batu api duk menambahkan minyak. Hahaha..hadoii ni le punca aku x suka belajar buat baju kurung dulu2 tu. Garang nau.

Setelah berhempas pulas berlatih, jadi juga la rumah butang aku. Berbaloi kena marah pun. Hahahha

Inilah latihan membuat rumah butang. Sempudal.

Yang ni da jadi elok sikit. Kalau berlatih lebih lagi insyaallah makin kemas jahitannya.

Tengah gunting bahagian atas skirt

Hello!
Nampak tak meja jahitan tu. Berkenan sungguh diriku dengan meja tu. Hari tu da risik2 dgn owner smart skill ni tp dia x bgtau beli dgn siapa. Barangkali masa tu pertanyaan aku kedengaran tidak serius. Nanti aku tanya lagi.

Berjaya juga aku hapdet entry kedua projek menjahit. Muahahaha!


Saturday, 28 January 2017

Projek menjahit 1

Wowowowww..menjahit wehh..benda paling aku x suka nak buat suatu ketika dahulu. Tiba2 datang satu keinginan nak menjahit setelah mendengarkan kisah rakan yang merungut baju sekolah anak mahal. Nak jahit x pandai, nak beli lebih duit pulak tak cukup.

Lalu pada saat itu aku terkenangkan nasihat mak aku, belajar jahit baju intan, nanti senang. Boleh jahit baju sendiri, anak2 (kalau ada) atau suami (kalau ada jodoh). Aku dah pernah menjahit baju kurung, mak yg ajar tp sbb masa tu aku tak minat jd aku x tumpukan perhatian sgt. Dapat la buat beberapa helai. Lepas tu aku dah x buat dah.

Maka saat hati aku berkobar2 nak belajar menjahit, dengan sepantas kilat aku cari kelas jahitan terdekat dengan rumah aku. Terjumpa la pusat jahitan Smart Skills. Apa lagi, aku pun terus pergi mendaftar dan sekarang da kelas ke 4. Teruja sangat aku dengan kelas menjahit ni. Sekurang2nya masa aku terisi drpd balik keje terbongkang je atas katil atau lepak depan pc.

Hasilnya yg diperolehi selepas kelas ke 4 adalah sehelai skirt dan sekarang aku dah siapkan pola baju kurung. Minggu depan dah boleh potong baju. Yahuuuu..diiii

Mari tengok hasil yang pertama


Bila dah siap baru perasan warna kain tu macam kain budak sekolah menengah. Sabau jele.

Ada lagi beberapa gambau aku nak letak tapi memandangkan internet slow like sloth aku terpaksa padamkan hasrat hati.

Nanti aku hapdet lagi.


P.s: entry "jom la diet aku: chapter 2" da lebur. Hahahah. Aku yakin, entry kedua projek menjahit aku ni juga bakal lebur.