Saturday, 28 January 2017

Projek menjahit 1

Wowowowww..menjahit wehh..benda paling aku x suka nak buat suatu ketika dahulu. Tiba2 datang satu keinginan nak menjahit setelah mendengarkan kisah rakan yang merungut baju sekolah anak mahal. Nak jahit x pandai, nak beli lebih duit pulak tak cukup.

Lalu pada saat itu aku terkenangkan nasihat mak aku, belajar jahit baju intan, nanti senang. Boleh jahit baju sendiri, anak2 (kalau ada) atau suami (kalau ada jodoh). Aku dah pernah menjahit baju kurung, mak yg ajar tp sbb masa tu aku tak minat jd aku x tumpukan perhatian sgt. Dapat la buat beberapa helai. Lepas tu aku dah x buat dah.

Maka saat hati aku berkobar2 nak belajar menjahit, dengan sepantas kilat aku cari kelas jahitan terdekat dengan rumah aku. Terjumpa la pusat jahitan Smart Skills. Apa lagi, aku pun terus pergi mendaftar dan sekarang da kelas ke 4. Teruja sangat aku dengan kelas menjahit ni. Sekurang2nya masa aku terisi drpd balik keje terbongkang je atas katil atau lepak depan pc.

Hasilnya yg diperolehi selepas kelas ke 4 adalah sehelai skirt dan sekarang aku dah siapkan pola baju kurung. Minggu depan dah boleh potong baju. Yahuuuu..diiii

Mari tengok hasil yang pertama


Bila dah siap baru perasan warna kain tu macam kain budak sekolah menengah. Sabau jele.

Ada lagi beberapa gambau aku nak letak tapi memandangkan internet slow like sloth aku terpaksa padamkan hasrat hati.

Nanti aku hapdet lagi.


P.s: entry "jom la diet aku: chapter 2" da lebur. Hahahah. Aku yakin, entry kedua projek menjahit aku ni juga bakal lebur.

No comments:

Post a Comment