Salam 1Merlimau.
Berkebun pulak entry aku kali ni. Adakah aku dah tidak menjahit? Oh tidak. Masih menjahit cuma dah alang2 balik merlimau, bole le tolong mak aku alih pasu, tanam itu, tebas ini. Hehehe.
Alkisah, beberapa minggu yang lalu, aku ada beli pokok sireh dengan mak dekat pasau tani merlimau. Tapi dek kerana masa suntuk, x dpt le aku nak tanam elok2 dalam pasu lepas beli tempohari. Hari ni baru le dapat alihkan dalam pasu. Tanah pun dah siap2 beli kat tesco semalam. Puaslah hati aku da dapat alihkan pokok sireh dari dalam topong ke dalam pasu. Mudah2an hiduplah segar bugar. Mak suruh letak sebelah pokok bunga cina atau dikenali sebagai pokok bunga pecah kaca. Padah2 wangi bau bunga tu. Suka betul aku.
Mak suruh aku buang rumput yang da menutupi pokok bunga teropong mak. Padah liat rumput tu. Batang rumput da nak jadi dahan pokok. Berposah le aku menarik rumput tu. Kalau takat gunting je nanti tumbuh balik. Kene tarik dengan akau dia skali.
Mak aku bagi arahan, tarik sana tan, haa yang tu, tarik tan..kuat lagi..kuat lagi..yg sebelah sana tu..haa tarik2..kuat lagi..kuat lagi. Si tinta kedua hapah x nolong. Dia jadi assistant mak. Dalam pada aku berposah menarik rumput yang da nak jadi pokok tu, tetibe kedengaran bunyi sesuatu...praaapppppp..
Omg! Aku terkentut ke. Hahahahah. Punya la kuat akau rumput sampai terkentut. Tapi setelah aku selidiki, rupanya bukan kentut, tapi kain batik aku da mereput sampai terkoyak. Alaaaaa sayangnya kain batik. Dah beberapa helai da mereput. Duduk je prappp..koyak..nasib juga ada beli beberapa helai kat terengganu hari tu. Masa tu nak beli lebih tapi rasa semua elok lagi. Beli sikit je. Skrang da mereput da. Macam tetau je kita nak g kelantan nanti. Cisss!
Cakap banyak tak guna, Jom jengah gambau orang berkebun..
|
Cili padi dan cili hijau yang tak cukup zat matahari..halus je. Org yang tanam gemok gedempol. |
|
Pokok sireh aku. Lalala..moga membesar dengan baik. |
|
Haa ni la pokok bunga cina atau bunga pecah kaca. Wangi kenmain. |
|
Hasil yang dapat dituai. Sesembih je. Jadi la. |
|
Pokok pecah beling. Berkali2 aku tanya mak nama pokok ni. X hingat2. Padah2 benak. Mana le mak x marah. Hahaha |
|
Cili api ke cili akau. |
|
Cili hijau yang halus |
|
Tomato tak besar lagi |
|
Wahh menjadi la pokok kesum mak. Payah bela pokok kesum. Alhamdulillah kali ni hidup segar. |
|
Pegaga. Sesembih. Jadi le. |
|
Lobak katanya. Mcm x berapa menjadi. |
|
Limau purut mak x pernah mengecewakan. Tapi kali ni daun2nya da jd kuning2. Harap2 hidup la dgn baik. |
|
Pokok asam da berbunga lagi. |
Itu je dulu untuk entry kali ni. Daaaa 😊😊😊
No comments:
Post a Comment