Wednesday, 13 April 2011

aku yang terkecewa

Pagi² lagi aku dah kecewa hari ni. Rutin aku setiap pagi bila sampai di opis keseorangan adalah membuka blog FAISAL TEHRANI. Beberapa hari yang lepas, aku buka tapi takde apa² update entri dari beliau sehinggalah hari ini. Dan betapa kecewanya aku bila secara rasminya beliau mengatakan ini merupakan entri yang terakhir kerana beliau mahu meninggalkan dunia blog ni.


Terasa macam baru putus cinta. Kecewa yang teramat sangat.


Aku merupakan pembaca tegar karya faisal tehrani dan blognya. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari blog beliau. Sebagai peminat karya faisal tehrani aku sangat menghormati keputusan beliau. Semoga terus maju jaya. Semoga sentiasa tabah menghadapi tohmahan. Semoga sentiasa berada di jalan yang lurus. Semoga usaha anda dalam membantu ummah dari kegelapan sentiasa mendapat pertolongan Allah. Dan semoga usaha anda diberkati sehingga ke akhirnya. Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan faisal tehrani.

Sekian.



No comments:

Post a Comment