Serasa seolah-olah separuh nyawa aku hilang melayang. Rutin aku bertukar. Emosi aku terjejas. Masa depan aku? Aku serah sepenuhnya pada Allah yang maha kuasa. Tahun ini tahun yang ke 9 aku bekerja di ICCE. penuh suka, penuh duka. Pelbagai pengalaman yang aku tempuhi. Dari tak pandai buat surat, tak reti guna mesin potostat, tak mahir microsoft word dsb, aku jadi tahu. Sebab apa? Sebab ilmu yang aku perolehi semenjak bekerja di sana.
Akhirnya, aku berhenti kerja. Atas sebab apa? Sesuatu mendesak. Banyak faktor. Banyak dugaan. Banyak masalah. Aku kecundang. Tak boleh bertahan walau banyak pengalaman. Sebab apa? Sebab Allah lebih mengetahui apa yang tersirat dalam hati aku. Sebab Allah lebih mengetahui tahap kekuatan dalam diri aku. Sebab Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri aku. Aku berserah pada Allah. Berserah sepenuhnya.
Sayang sungguh nak meninggalkan rakan-rakan yang sentiasa menyokong dan memahami. Bukan tak boleh berkawan tapi suasananya dah berubah. Dah tak sama. Kita bekerja seharian bersama dah ibarat adik beradik. Bergurau senda, berkongsi makanan, berkongsi cerita suka duka dsb. Sungguh, tempat aku bekerja ni dahulunya dan beberapa ketika sebelum aku melangkah pergi, kami semua ibarat satu keluarga. Kau sedih aku pun turut sedih. Kau suka aku pun turut suka. Aku susah kau tolong. Kau susah aku tolong.
Banyak lagi tempat kerja yang begini tapi aku merasainya di ICCE sehinggalah sesuatu mendesak. Aku berhenti kerja. Iya! Aku dah berhenti kerja. Sepanjang tempoh bercuti aku rasa juga sedih tapi dalam masa yang sama aku rasa gembira sebab sesuatu yang mendesak akan aku tinggalkan. Sampailah ketika saat aku menyerahkan segala yang telah dipinjamkan. Ketika itu aku tersentak, aku akan pergi dari sini buat selamanya. Sedihnya tak terkata. Bilakah lagi akan aku bertemu dengan rakan-rakan yang terlalu baik dan istimewa ini. Allah lebih mengetahui.
Selamat tinggal ICCE. aku tak pernah bencikan kau. Aku cintakan kau sepenuh hati aku tapi sesuatu mendesak. Aku terpaksa pergi. Jagalah dirimu baik-baik. Semoga kau sentiasa maju dan berjaya. Amin.
Buat rakan-rakan yang sedang berjuang ( kanom, asrufi, naz, en. Zaki, mimi, amirul, zul dll) aku sentiasa doakan kalian kuat dalam menempuh dugaan yang semakin memberat. Moga Allah berikan kekuatan buat kalian dalam menghadapi hari-hari yang mencabar di sana. Moga Allah permudahkan urusan kalian semua. Moga Allah melimpahkan keredhaanNya kepada kalian. Moga kita semua dilindungi Allah dari kecelakaan. Apa sahaja yang kalian sedang lakukan, aku berdoa kehadrat Ilahi agar kalian berjaya dan semoga Allah mengampuni dosa kita semua dan memberikan kita petunjuk dan hidayah agar kita sentiasa berada dalam landasan iman. Amin.
Aku mohon maaf kepada kalian kerana terlalu banyak berkasar bahasa dan perbuatan, berkira dan menyakiti hati kalian samada sedar atau tidak.
Semoga berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment