Sunday, 29 January 2017

Projek menjahit 2-rumah butang

Salam 1merlimau..

apakah rumah butang? Ko ingat ko je ada rumah. Butang pun ada rumah. Untung butang, dia ada rumah xyah buat loan mcm kita. Kelas minggu lepas sebelum cuti raya cina, aku belajar buat rumah butang. Walaupun baru je dapat setelkan pola baju kurung, aku dah belajar buat rumah butang. Sebab apa? Sebab aku tak bawa kain untuk digunting jadi lepas setel gunting pola, aku duduk melangu je. Nasib baik ada kawan nak buat rumah butang tapi x pandai. Jadi cikgu pun ajarkan buat rumah butang. Dapatlah aku belajar sekali buat rumah butang.

Tapi masa tu aku x buat pun lagi. Aku cuma tengok je dulu. Balik rumah mak, aku belajar dengan mak aku yang garang tu. Sah2 kena marah. Mak aku tu memang garang, bertambah garang bila ada batu api duk menambahkan minyak. Hahaha..hadoii ni le punca aku x suka belajar buat baju kurung dulu2 tu. Garang nau.

Setelah berhempas pulas berlatih, jadi juga la rumah butang aku. Berbaloi kena marah pun. Hahahha

Inilah latihan membuat rumah butang. Sempudal.

Yang ni da jadi elok sikit. Kalau berlatih lebih lagi insyaallah makin kemas jahitannya.

Tengah gunting bahagian atas skirt

Hello!
Nampak tak meja jahitan tu. Berkenan sungguh diriku dengan meja tu. Hari tu da risik2 dgn owner smart skill ni tp dia x bgtau beli dgn siapa. Barangkali masa tu pertanyaan aku kedengaran tidak serius. Nanti aku tanya lagi.

Berjaya juga aku hapdet entry kedua projek menjahit. Muahahaha!


Saturday, 28 January 2017

Projek menjahit 1

Wowowowww..menjahit wehh..benda paling aku x suka nak buat suatu ketika dahulu. Tiba2 datang satu keinginan nak menjahit setelah mendengarkan kisah rakan yang merungut baju sekolah anak mahal. Nak jahit x pandai, nak beli lebih duit pulak tak cukup.

Lalu pada saat itu aku terkenangkan nasihat mak aku, belajar jahit baju intan, nanti senang. Boleh jahit baju sendiri, anak2 (kalau ada) atau suami (kalau ada jodoh). Aku dah pernah menjahit baju kurung, mak yg ajar tp sbb masa tu aku tak minat jd aku x tumpukan perhatian sgt. Dapat la buat beberapa helai. Lepas tu aku dah x buat dah.

Maka saat hati aku berkobar2 nak belajar menjahit, dengan sepantas kilat aku cari kelas jahitan terdekat dengan rumah aku. Terjumpa la pusat jahitan Smart Skills. Apa lagi, aku pun terus pergi mendaftar dan sekarang da kelas ke 4. Teruja sangat aku dengan kelas menjahit ni. Sekurang2nya masa aku terisi drpd balik keje terbongkang je atas katil atau lepak depan pc.

Hasilnya yg diperolehi selepas kelas ke 4 adalah sehelai skirt dan sekarang aku dah siapkan pola baju kurung. Minggu depan dah boleh potong baju. Yahuuuu..diiii

Mari tengok hasil yang pertama


Bila dah siap baru perasan warna kain tu macam kain budak sekolah menengah. Sabau jele.

Ada lagi beberapa gambau aku nak letak tapi memandangkan internet slow like sloth aku terpaksa padamkan hasrat hati.

Nanti aku hapdet lagi.


P.s: entry "jom la diet aku: chapter 2" da lebur. Hahahah. Aku yakin, entry kedua projek menjahit aku ni juga bakal lebur.

Wednesday, 28 December 2016

Jom la diet-Bab 1; ikan kembung masak pindang

hadoii susah nau nak turunkan berat badan. nak turunkan berat ni bukan senang tau. kena ada keazaman yang kuat dan jitu dan displin yang tinggi. tapi kalau tak mula sekarang, bila lagi ye tak? sebenarnya aku dah berdiet on off dari tahun 2014. masa tu berat aku adalah 70kg. akhirnya tahun 2016 berat aku jatuh menjadi 60kg. 2 tahun nak buang 10kg. jaga makan campur senam campur posa bulan ramadhan dpt la kurangkn 10kg. puasa yang paling membantu tp takkan nak puasa sepanjang tahun. memudaratkan diri boleh jd haram hukumnya.

dulu aku penah la join program slimming kat satu pusat slimming yg amat popular. aku join sbb dapat baucer rm20. itu jele skali aku join. lepas dari tu takde dah aku pegi. buang masa je. org pusat slimming tu ckp kalau aku nak turunkan berat secara natural amatlah x strategic. aku takkan berjaya kata dia. fuhhh..kenmain lg dia nak laku kan produk dia. tapi aku tak goyah. lantaklah kau situ.

Sekarang aku nak teruskan lagi diet pemakanan yang sihat supaya aku boleh capai berat ideal aku iaitu 45kg. kena minum air banyak. menu pertama yang telah berjaya aku masak dan makan adalah ikan kembung masak pindang. yahuuuuu...

kalau aku teruskan makan mcm ni selama sebulan, aku yakin aku boleh mencapai berat badan ideal. kita tgk smp mana aku boleh bertahan. muahahaha

jom tengok menu pertama

bahan-bahan untuk masak pindang

dah siap

senang je masak pindang ni. kau ketuk je sume bahan dalam gambar pertama. lepas tu kau rebus dengan ikan. kau letak la sikit serbuk kunyit dengan garam. lepas mendidih kau tutup api dan kau makan.

senangkan!

Monday, 28 November 2016

Mendaki Bukit; Chapter 1

26 November 2016 tarikh keramat aku mendaki bukit broga. tak pernah2 mendaki bukit tetibe je mendaki. dulu ada juga kekla ajak panjat gunung bukit segala. tak hengen aku. dah le nak jogging pun malas. tp kali ni terbuka hati pulak dan kawan2 pejabat beria ajak, apa salahnya mencuba. hehehe. masa mendaki macam2 aku rasa, nak pengsan, nak muntah, menyesal dan taknak naik lg. banyak kali berhenti utk berehat, maklumlah first timer. tp alhamdulillah selamat sampai ke puncak kedua. tak daya dah nak naik puncak pertama. masa mendaki dah fikir mcm mana nak turun. nak turun  mmg menguji kesabaran dan ketahanan diri aku. masa turun ni mmg dah terbukti aku seorang yang gayat amat sangat. siap menangis bagai. menggigil kepala lutut toksah cerita. hahaha tak apa la. at least kita mencuba kan. 

Sekarang otot2 aku tgh meraung. sabau jele tapi seronok juga la mendaki. ada aktiviti hujung minggu daripada aku lepak je dpn tv. jumpa ramai org dan tengok gelagat diorg sume ni mmg mengasyikkan. dengar kata 17 December 2016 nak mendaki bukit gasing pulak. kita tggu nnt macam mana. skrang ni kita jamu mata dengan gambar2 dekat bukit broga.

kak aiman baru lepas solat subuh. dia ni lah manusia yang paling memeranjatkan aku. sbb kalau tgk dr segi gaya dan fizikal nmpk lemah je tp dia la first timer paling juara naik broga. syabas bete!

masa ni aku berhenti kepenatan. makan naget sekeping utk bekalan tenaga

sampai kat atas tp belum kat puncak lagi. sume kawan2 opis ni.

dah sampai puncak kedua. duduk2 minum dan makan. sedap teh hazelnut intan.

yayyy!! naz dengan irdina pun kuat semangat.

semua kawan2 opis yang mendaki. dari kiri depan; nazeerah, aku, intan syafinaz dan kak aiman.
dari kiri belakang; isma dan syahmi

intan syafinaz dan kak aiman manusia paling sabar dengan karenah aku. tq korang. hahaha

team kami. seronok mendaki dgn korang semua.

Jumpa kat bukit gasing pulak lepas ni...

Friday, 7 November 2014

dah konvo...yayy

Alhamdulillah akhirnya abis jugak aku belajar. Dulu masa memula daftar belajar rasa macam lama je nak tunggu 4 tahun. Tp pejam celik pejam celik dah konvo dah. Kejap je 4 tahun ni sebenarnya, pasal kelas hujung minggu je. Tu pun bukan setiap minggu, alternate weekend kata org kampung aku.


Dengan cik tinta kedua



Bergambar dengan rakan baik sepanjang pengajian


Jambangan coklat dari keluarga tercinta
Bersama kak nily yg juga rakan baik sepanjang pengajian

Kawan-kawan opis pun bagi hadiah tapi aku belum habiskan lagi. Ada tersadai depan tv. Duk umah berdua dgn tinta kedua mana daya nak abiskan.

Terima kasih kak aiman dan naz