Monday, 28 November 2016

Mendaki Bukit; Chapter 1

26 November 2016 tarikh keramat aku mendaki bukit broga. tak pernah2 mendaki bukit tetibe je mendaki. dulu ada juga kekla ajak panjat gunung bukit segala. tak hengen aku. dah le nak jogging pun malas. tp kali ni terbuka hati pulak dan kawan2 pejabat beria ajak, apa salahnya mencuba. hehehe. masa mendaki macam2 aku rasa, nak pengsan, nak muntah, menyesal dan taknak naik lg. banyak kali berhenti utk berehat, maklumlah first timer. tp alhamdulillah selamat sampai ke puncak kedua. tak daya dah nak naik puncak pertama. masa mendaki dah fikir mcm mana nak turun. nak turun  mmg menguji kesabaran dan ketahanan diri aku. masa turun ni mmg dah terbukti aku seorang yang gayat amat sangat. siap menangis bagai. menggigil kepala lutut toksah cerita. hahaha tak apa la. at least kita mencuba kan. 

Sekarang otot2 aku tgh meraung. sabau jele tapi seronok juga la mendaki. ada aktiviti hujung minggu daripada aku lepak je dpn tv. jumpa ramai org dan tengok gelagat diorg sume ni mmg mengasyikkan. dengar kata 17 December 2016 nak mendaki bukit gasing pulak. kita tggu nnt macam mana. skrang ni kita jamu mata dengan gambar2 dekat bukit broga.

kak aiman baru lepas solat subuh. dia ni lah manusia yang paling memeranjatkan aku. sbb kalau tgk dr segi gaya dan fizikal nmpk lemah je tp dia la first timer paling juara naik broga. syabas bete!

masa ni aku berhenti kepenatan. makan naget sekeping utk bekalan tenaga

sampai kat atas tp belum kat puncak lagi. sume kawan2 opis ni.

dah sampai puncak kedua. duduk2 minum dan makan. sedap teh hazelnut intan.

yayyy!! naz dengan irdina pun kuat semangat.

semua kawan2 opis yang mendaki. dari kiri depan; nazeerah, aku, intan syafinaz dan kak aiman.
dari kiri belakang; isma dan syahmi

intan syafinaz dan kak aiman manusia paling sabar dengan karenah aku. tq korang. hahaha

team kami. seronok mendaki dgn korang semua.

Jumpa kat bukit gasing pulak lepas ni...

No comments:

Post a Comment