Tuesday, 6 May 2014

malang tak berbau

letih betul la aku sekarang ni. memang betul orang kata malang tu tak berbau. baru-baru ni ms dlm perjalanan nak g kelas, kereta aku kene sodok dr belakang. kereta viva jgk yang sodok aku tu. pastu ingat boleh la setel tepi pasal dia beria-ia kata nak byr. ayat dia mcm ni "takpe kak, esok akak sms je sy bape ringgit kena nnt sy bank in". kita tgh susah hati tu rs lega la dgr. bila hari esoknya, dah buat quotation kat perodua, aku kene lebih kurang RM1600. aku terus call dia nak ckp dia kene bank in kan duit ikut harga quotation tu. tetiba je takleh nak byr. kata dia "sy ada rm 300 je kak, kete sy pun kene rm 1200". wah2 cantik betul perangai. kete ko nak betulkan elok2 boleh byr harga tu, kete aku nak byr rm 300 je.

patutnya dia priority kan la aku pny kete. setel kete aku baru la fikir nak betulkan kete dia. berdolak-dalik taknak byr. nak byr rm 300 je, pastu selebihnya nak byr ansur2. wehh kalau kau lari sapa nak tanggung kete aku nih. ayat dia lg "jgn risau kak, sy ni jenis yg bertanggungjawab". woii, orang gila pun tak mengaku diri dia gila. ko ingat aku nak percaya dgn pengakuan kau tu. apa jaminannya. sbb ko belajar syariah. berapa ramai org belajar agama yg korup. toksah le nak dok kencing aku. last2 aku ckp ngan dia kalau susah sgt moh kita ke balai buat repot pastu klem insuran. eh tup-tup ada pulak duit rm 1600 tu. adoii letihnya la aku. kali ni aku tekad apa nak jd, jd la. aku nak buat repot jgk. aku pun mendapat sokongan dari cik tinta kedua utk berhati keras buat repot. lalu aku pun meredah kegelapan malam bertolak ke kajang nak buat repot pasal kene kat area ukm tu kene buat repot kat trafik kajang.

dlm pada nak g balai tu dia duk ajak aku jmp tempat lain. kejap kat maidin, kejap kat tol sg besi. eh budak ni kang. last2 jmp gak la kat balai. yg dia takut sgt tu rupa2nya bukan kete dia. patutlahhh..dah setel sume aku pun berambus dr situ. la ni, beberapa minit sebelum aku tulis blog ni, ada aku sms dia kali ke2 nak mintak polisi insuran pasal kedai bengkel tu suh mintak sendiri. dia boleh jwb apa tau "skrang tgh bizi, tgk la nnt dah free sy faxkan". kan aku dah ckp dia ni jenis tuutttttt..ni aku mintak salinan polisi tau, bukan duit. punya la baik perangai dia. pastu aku dah malas nak layan, aku call je bengkel tu tny takde cara lain ke. rupanya ada, diorg boleh amik salinan polisi tu tp aku kene byr rm20. laa awal2 tak ckp. kalau awal2 bgtau xde hinginnya aku nak sms budak sekor nih.

sekarang ni rasanya dah nak setel. tinggal nak tggu laporan penuh dr balai polis kajang je. tu pun aku guna runner g amik dokumen tu sume. aje gila aku nak berulang ke kajang x sudah2. kene la dlm rm 200. kata miss wong aku boleh klem insuran. mana2 lah miss wong. janji kete aku sihat mcm bese. aku tny kawan2 yg berpengalaman eksiden sume mcm senang je. tp kene kat aku ni susah kenmain. agaknya Allah nak jdkan perkara ni sbg pengalaman berharga aku. jd aku pun amik keputusan nak coretkan rentetan kemalangan dan proses membuat repot utk bg pedoman kat orang lain. tp dlm entri yang akan dtg. tungguuuuuuuuuu :)

dalam keadaan kesusahan ni org yg byk bagi dorongan dan nasihat adalah si cik tinta kedua, kak anom (opismate aku) dan kak wati (kawan lama). terima kasih byk sbb sudi tolong aku. mudah2an Allah permudahkan urusan mereka bertiga ni dan jg orang2 lain yang menolong secara langsung atau tak langsung. mudah2an syurgalah tempat kalian.


~~~sentiasa la bersabar ketika ditimpa musibah, Allah sentiasa membantu kita~~~


Friday, 25 April 2014

the big bad wolf 2013...wooff..woofff..

aku pergi bbw ni masa che ta kawen kalau tak silap. bulan doblas 2013. lama dah tp baru ada kesempatan nak coret-coret kat sini. memang rambang mata la kalau pegi bbw ni. dahlah murah buku-bukunya, kulit buku pun yang jenis cantik-cantik punya. aku takde senarai buku pun yang nak di beli masa pergi bbw ni. main redah je. sudahnya masa jalan-jalan nak pilih buku, bukan tgk synopsis pun, aku beli sbb kulit buku tu lawa je. hahahaa..isi dalam lain cerita dik non. yang penting baca (baca ker!!)..hahahaha




ni le buku yang aku beli tahun lepas

ni buku budak-budak tu.




ni buku cik tinta kedua




ni buku budak-budak tu lagi.

ni buku budak-budak tu lagi dan lagi.



ni salah satu dari budak-budak tu.


dalam banyak-banyak buku tu sume ada yang dah hancur, ada yang separuh hancur, ada yang elok je bersusun kemas. buku aku la yang banyak lagi tersusun kemas. hahaha takde masa la nak baca. nak buat esemen lagi, nak belajar bahasa mandarin lagi, macam-macam lagi lah (banyak nau alasan).

untuk tahun 2014, bbw ada kat Melaka. dah lepas dah tarikhnya. kita tunggu yang dekat kl nnt. nak g lagi. nak tambah stok. yayyyyyyyy!!







Thursday, 24 April 2014

tekad..berazam..bersemangat....

Kali ni aku memang bertekad. Aku nak update blog aku ni dari semasa ke semasa. Apa nak jadi, jadilah. Aku tak kira. Aku tak kira...

Lepas taip beberapa patah perkataan kat atas tu aku dah rasa bosan dan malas nak update blog. Hahahahaaa..Hangat-hangat taik hanj..


Wednesday, 23 April 2014

panggil "kakak" salah, tak panggil salah..

Dah lama dah aku tak mengemaskini blog aku nih. Ingatkan dah bersarang, tp elok je lagi. Pasal tajuk kat atas tu lah aku terpanggil untuk mengemaskini blog nih.

ada la sorang budak nih. nak kata budak pun takde la budak sangat. muda lg tp dah kawen. bukan main sensitip lg kalau org panggil dia "kak" atau "kakak". Selalunya mulut dia akan berkicauan mcm ni

" ehh saya bukan kakak la. saya muda lagi ok. jgn panggil saya kakak. heheheheh (mengilai-ngilai). Do not call me kakak ok". (sebenarnya panjang lg dia berkicau tp yg ni je aku dpt tangkap dlm otak. selebihnya aku dah meluat.)

Memang la org yang panggil dia tu lagi tua dari dia tp toksah le beria sgt. org tau ko muda, org panggil ko kakak tu sbb hormatkan ko. aku ni pun muda lagi, tp tak kisah pun org panggil aku kakak (kau hado!). Lantak jela, daripada dia panggil ko hanjeng ke babi ke anak haram ke. haa yang tu mmg boleh la ko marah kan.

Letihlah aku dgn org mcm ni. Tolonglah!!!!

Sunday, 9 December 2012

MARI MAKAN; NASI KEPAL

Di suatu hari yang sunyi, lepas bangun solat subuh perut aku bukan main lagi meragam minta makan. Ermm nak makan apa ye. Nak masak malas tapi perut lapar ni. Tiba-tiba datanglah satu idea memasak yang ringkas dan sedap. Ini dia, NASI KEPAL....

nasi kepal @ bebola nasi

ini adalah alat utk membuat nasi kepal

Senang saja nak buat nasi kepal. Masak nasi satu pot. masak biar lebih sikit air supaya nasi tu lembik senang nak kepal. Lepas tu tumis cili boh. Cili boh ni aku buat sendiri bukan beli yang dah siap tu. kalau yg dah siap tu rasa dia tak sedap. oh ye sebelum tumis tu goreng dulu ikan bilis garing-garing. Berbalik pada cili tumis tadi, kalau dah garing boleh la masukkan garam dan gula secukup rasa pastu masukkan juga bawang merah yang telah didadu. ikutlah korang nak letak banyak mana. Lepas beberapa minit haa boleh la masukkan ikan bilis, biar sekejap bagi dia sebati pastu matikan api.

Masukkan sambal ikan bilis tadi dalam mangkuk besar seperti di gambar rajah. Masukkan nasi, kemudian gaul. Haa lepas tu kepal-kepal la sampai habis nasi dalam mangkuk tu. Kalau nak makan bebola nasi besar haa buat la besar-besar. Kalau tak buat la kecil-kecil saja. Baru sedap nak makan. Makan nasi kepal ni boleh bawak sampai ke tengah hari kenyangnya. Yess sekali masak je. Toksah buat kerja dua tiga kali. Hahaha...

p.s: perkataan mudah untuk resepi ni sambal tumis ikan bilis campur dengan nasi kemudian kepalkan menjadi bebola.





SELAMAT MENCUBA!!