Friday, 25 April 2014

the big bad wolf 2013...wooff..woofff..

aku pergi bbw ni masa che ta kawen kalau tak silap. bulan doblas 2013. lama dah tp baru ada kesempatan nak coret-coret kat sini. memang rambang mata la kalau pegi bbw ni. dahlah murah buku-bukunya, kulit buku pun yang jenis cantik-cantik punya. aku takde senarai buku pun yang nak di beli masa pergi bbw ni. main redah je. sudahnya masa jalan-jalan nak pilih buku, bukan tgk synopsis pun, aku beli sbb kulit buku tu lawa je. hahahaa..isi dalam lain cerita dik non. yang penting baca (baca ker!!)..hahahaha




ni le buku yang aku beli tahun lepas

ni buku budak-budak tu.




ni buku cik tinta kedua




ni buku budak-budak tu lagi.

ni buku budak-budak tu lagi dan lagi.



ni salah satu dari budak-budak tu.


dalam banyak-banyak buku tu sume ada yang dah hancur, ada yang separuh hancur, ada yang elok je bersusun kemas. buku aku la yang banyak lagi tersusun kemas. hahaha takde masa la nak baca. nak buat esemen lagi, nak belajar bahasa mandarin lagi, macam-macam lagi lah (banyak nau alasan).

untuk tahun 2014, bbw ada kat Melaka. dah lepas dah tarikhnya. kita tunggu yang dekat kl nnt. nak g lagi. nak tambah stok. yayyyyyyyy!!







Thursday, 24 April 2014

tekad..berazam..bersemangat....

Kali ni aku memang bertekad. Aku nak update blog aku ni dari semasa ke semasa. Apa nak jadi, jadilah. Aku tak kira. Aku tak kira...

Lepas taip beberapa patah perkataan kat atas tu aku dah rasa bosan dan malas nak update blog. Hahahahaaa..Hangat-hangat taik hanj..


Wednesday, 23 April 2014

panggil "kakak" salah, tak panggil salah..

Dah lama dah aku tak mengemaskini blog aku nih. Ingatkan dah bersarang, tp elok je lagi. Pasal tajuk kat atas tu lah aku terpanggil untuk mengemaskini blog nih.

ada la sorang budak nih. nak kata budak pun takde la budak sangat. muda lg tp dah kawen. bukan main sensitip lg kalau org panggil dia "kak" atau "kakak". Selalunya mulut dia akan berkicauan mcm ni

" ehh saya bukan kakak la. saya muda lagi ok. jgn panggil saya kakak. heheheheh (mengilai-ngilai). Do not call me kakak ok". (sebenarnya panjang lg dia berkicau tp yg ni je aku dpt tangkap dlm otak. selebihnya aku dah meluat.)

Memang la org yang panggil dia tu lagi tua dari dia tp toksah le beria sgt. org tau ko muda, org panggil ko kakak tu sbb hormatkan ko. aku ni pun muda lagi, tp tak kisah pun org panggil aku kakak (kau hado!). Lantak jela, daripada dia panggil ko hanjeng ke babi ke anak haram ke. haa yang tu mmg boleh la ko marah kan.

Letihlah aku dgn org mcm ni. Tolonglah!!!!

Sunday, 9 December 2012

MARI MAKAN; NASI KEPAL

Di suatu hari yang sunyi, lepas bangun solat subuh perut aku bukan main lagi meragam minta makan. Ermm nak makan apa ye. Nak masak malas tapi perut lapar ni. Tiba-tiba datanglah satu idea memasak yang ringkas dan sedap. Ini dia, NASI KEPAL....

nasi kepal @ bebola nasi

ini adalah alat utk membuat nasi kepal

Senang saja nak buat nasi kepal. Masak nasi satu pot. masak biar lebih sikit air supaya nasi tu lembik senang nak kepal. Lepas tu tumis cili boh. Cili boh ni aku buat sendiri bukan beli yang dah siap tu. kalau yg dah siap tu rasa dia tak sedap. oh ye sebelum tumis tu goreng dulu ikan bilis garing-garing. Berbalik pada cili tumis tadi, kalau dah garing boleh la masukkan garam dan gula secukup rasa pastu masukkan juga bawang merah yang telah didadu. ikutlah korang nak letak banyak mana. Lepas beberapa minit haa boleh la masukkan ikan bilis, biar sekejap bagi dia sebati pastu matikan api.

Masukkan sambal ikan bilis tadi dalam mangkuk besar seperti di gambar rajah. Masukkan nasi, kemudian gaul. Haa lepas tu kepal-kepal la sampai habis nasi dalam mangkuk tu. Kalau nak makan bebola nasi besar haa buat la besar-besar. Kalau tak buat la kecil-kecil saja. Baru sedap nak makan. Makan nasi kepal ni boleh bawak sampai ke tengah hari kenyangnya. Yess sekali masak je. Toksah buat kerja dua tiga kali. Hahaha...

p.s: perkataan mudah untuk resepi ni sambal tumis ikan bilis campur dengan nasi kemudian kepalkan menjadi bebola.





SELAMAT MENCUBA!!






Wednesday, 2 May 2012

keranamu plastik

pada suatu tengah hari yang panas berdenting, aku telah mengambil keputusan untuk membeli roti kapit sebagai menu santapan tengahari aku kerana ramai nau yg beratur nak beli nasi. aku pun telah mengambil dua roti kapit berisi sardin dan menghulurkan roti tersebut kepada pakcik tokei kedai. maka sesi perbualan aku dan pakcik pun bermula......

pakcik: ni dua ringgit je ni.

aku: ok pakcik, ni duitnya.

pakcik: ehh kamu nak plastik ke?

aku: ehh mesti la pakcik.

pakcik: yang kamu letak roti ni kat cni buat ape. lenkali bg tau la kamu nak plastik. ni kamu hulur kat pakcik..mn pakcik tau kamu nak ape.(nada yg kasar)

aku: ehh ehh kalo sy hulur roti ni kat pakcik mesti le sy nak plastik.

pakcik: lenkali ckp..tau tak lenkali bg tau..(nada yg kasar juga)

aku: (aku da start naik hangin) ehh pakcik, sbg seorg peniaga pakcik kene le tau tugas pakcik. dah sy hulur roti tu kat pakcik mesti le sy nak plastik. (nada yg tinggi nih).

pakcik: hehehe, nah ni duit baki. (dalam nada yg malu2 alah).

aku: terima kasih bebanyak le pakcik oiii..


tak pasal2 aku pekik kat pakcik ni depan org lain. tetibe je nak tempelak org pulak..ko meniaga ko kene le tau tugas ko..takkan le aku hulur roti tu aku nak suh ko makan..gile ke ape..dah org hulur tu sbb nak suh bungkus le..adoii bodoh mcm bontot kuali..tak pasal2 ko da malukan diri ko sendiri pakcik..nasihat sy kepada pakcik si penjual roti kapit ni, gunakan akal fikiran untuk elak kebodohan.

ni le pepatah aku ada menyebutkan cerdik takleh nak di hikut, bodoh takleh nak di hajau..