Assalamualaikum
Lama dah tak update blog. Takde cerita menarik nak dikongsi. Walaupun begitu, saya akan cuba menjadikan kehidupan saya menarik agar dapat dikongsikan kisahnya kepada orang lain.Selepas berhenti kerja tahun lepas, saya mula berniaga kuih raya. Saya hantar ke kedai-kedai berhampiran dengan rumah saya. Pendapatan kurang memuaskan tapi saya memperolehi pengalaman yang sangat berharga. Macam-macam yang berlaku dalam tempoh tak sampai setahun saya berhenti kerja. Saya bergelut dengan perasaan yang gundah-gulana sebab dah takde sumber kewangan, umur dah banyak tapi takde kerja, bercinta tapi tak kesampaian. Hahaha. Dan banyak lagi.
Suatu hari dalam bulan 12 tahun lepas saya dapat panggilan temuduga dan diminta lapor diri segera di Cheras. Tuhan saja yang tahu betapa gembira hati saya. Jawatan pun bagus, Education and training Manager. Woww!
Tapi, kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Tidak seperti yang saya harapkan walaupun jawatan itu bagus. Akhirnya saya lepaskan jawatan saya dan kembali semula ke Melaka. Kebetulan pula, banyak masalah berlaku di Melaka yang membuatkan saya melepaskan jawatan tersebut.
Anehnya, saya jadi sangat gembira. Hati saya lapang, selera makan saya bertambah-tambah. Tidak seperti masa saya berhenti kerja mula-mula dulu. Bukanlah bermakna saya dah taknak kerja. Masih lagi mencari dan banyak syarikat saya deposit resume saya tapi masih belum ada rezeki. Saya bersangka baik dengan Allah dan saya menghargai momen saya yang masih tidak bekerja lagi. Dalam erti kata lain, kita enjoyyyyy!
Tak enjoy sangat sebab takde duit. Hahaha. Bila takde duit apa yang perlu kita buat? Kenalah cari duit. Apa yang saya lakukan ialah berniaga depan rumah. Hasil buah fikiran daripada adik beradik saya. Mula-mula saya jual air tembikai dengan keropok corntoz. Dua benda ini saja saya jual. Hari pertama dapat rm3.50. Hari kedua tak dapat apa-apa. Hari ketiga saya jual air gas dan tambah lagi jajan yang lain sampailah ke hari ini. Walaupun untung tak seberapa tapi membantu jugalah untuk saya beli makanan dan minuman yang saya suka. Kadang-kadang saya beli lauk tengahari kalau malas masak dengan duit hasil jualan saya itu. Alhamdulillah. Oklah kan daripada saya baring je tak buat apa-apa. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti.
Biar saya kongsikan gambar kedai saya depan rumah.
Inilah kedai saya. Dah banyak jenis makanan ringan. |
Ini kedai saya masa beberapa hari dibuka. |
Wahhh! Banyaknyaaa..mari beli! |
Bye!
No comments:
Post a Comment