Assalamualaikum
Hari ini saya nak masak telur asin masak lemak. Ada orang panggil telur masin. Tak kisahlah yang penting dia memang masin. Masakan ini permintaan mak saya. Semalam kami menziarahi saudara mara dekat Batu Pahat. Dalam perjalanan saya berhenti beli pau. Kebetulan ada jual telur masin. Satu bekas ada 5 biji RM 6. Ingatkan murah. Bila sampai di rumah mak saudara, saya nampak dekat dapur dia ada telur masin juga. 6 biji satu bekas. Dia cakap dia beli cuma RM6. Murah lagilah dia beli berbanding saya. Tak apalah. Rezeki masing-masing.
Saya ni bukannya pandai sangat masak. Kalau masak tu ikut suka saya je. Jadi nanti kalau ada orang cuba resepi saya ni, kena la olah sikit untuk mesrakan tekak masing-masing.
Bahan-bahan yang kita perlukan ialah seperti di bawah:
|
Bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup (nak guna kunyit serbuk pun boleh) dan serai. Semua bahan-bahan ni dikisar sehingga lumat. Ada orang suka letak buah keras. Saya suka juga tapi sebab dah habis. Kita guna apa yang ada je. Rasanya lebih lemak kalau letak buah keras. |
|
Bahan seterusnya ialah asam jawa. Sebenarnya saya da hampir terlupa nak letak asam jawa. Rupanya mak saya kata nak letak boleh, taknak letak pun boleh. Ikutlah selera masing-masing. |
|
Bahan paling penting iaitu telur masin. Salted eggs. |
|
Saya tak berapa suka guna yang salut tanah tu. Lebih selesa guna yang direndam air garam sebab senang nak bersihkan. |
|
Titik-titikkan serai |
|
Kelapa parut. Saya suka guna santan kotak sebab lebih mudah dan lebih berkrim tapi mak tak suka. Kenalah ikut selera orang sakit. Saya guna sikit je. Jadi cair sikitlah masak lemak saya ni. Maklumlah mak dan ayah saya sakit jantung. Kenalah berhati-hati. Hehehe |
|
Perah..perah..adehh penat juga. |
|
Masukkan bahan yang dikisar tadi dengan santan cair serta asam jawa. Biarkan dia mendidih sekejap. |
|
Haa bagi sesiapa yang tak pernah tengok telur masin yang belum rebus, inilah dia. Sebenarnya saya pun baru pertama kali tengok yang mentah ni. Terkejut tengok kuning dia keras. Hahaha |
|
Bila dah mendidih masukkan telur tadi satu persatu. |
|
Ini dia. Biar telur ni mendidih sampailah kuning dia tu jadi warna kuning keruh. |
|
Bila kuning dia da keruh, masukkan santan pekat. Kacau-kacau kan sekejap sebelum tutup api. Biarkan dia mendidih sambil tu kacaukan supaya tak pecah minyak. |
Saya tak letak garam sebab telur dah masin. Terpulanglah pada citarasa masing-masing. Selamat mencuba!
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment