Wednesday, 16 March 2011

underdog??

gambar aku amik kat google images



cerita ni aku tengok semalam dengan kawan². nama dia lala, lili dan lulu  (semua tu bukan nama sebenar). sebenarnya tak ada niat langsung nak tengok wayang terutamanya cerita ni. kami nak buat aktiviti lain sekalinya bila ternampak panggung terus rasa nak tengok wayang. jadi kami pun beratur dan berbincang nak tengok cerita apa. mula² nak tengok cerita wars needs mom tapi tak jadi. nak tengok itu tak kena. nak tengok ini tak kena. last² kami sepakat nak tengok cerita underdog soldiers ni.

sampai dekat kaunter lulu tanya cerita ni jam berapa. selepas beberapa minit berinteraksi dengan budak kaunter tu, tiba² lala bertanya:

lala: dik, cerita ni best ke? cerita ni pasal ape ek. pasal anjing ke?
budak kaunter: (tak menjawab sepatah pun. die senyum terpaksa sambil menggeleng² kepala)


hehehe. kami punya gelak aduhai...aku tengok muka budak tu kelat je. mesti die ckp dlm hati apahal akak² ni. tak siuman ke? lulu tolong jawabkan bagi pihak budak kaunter tu. lala, ni cerita pasal bwh anjing. bwh anjing ada puting kan. haa cerita pasal tu la..hahahah..aku harap sebenarnye lala nak bergurau je. tak tau la kan kalo dia betul² tak tau. hahahaha. dalam cerita ni cuma ade 2 ekor anjing je. satu comel satu lg tak comel. yang comel mati awal. yang tak comel tu tak mati². jalan ceritanya best cuma ending mcm haprak. mungkin ade underdog soldiers II kot. cerita ni memang membuatkan aku berdebar sebab aku selalu mimpi perang² pastu dalam mimpi tu kadang² aku jadi askar pihak lawan dan kadang² aku jadi mangsa. tp biasanya mesti aku nak cari jalan untuk lepaskan diri. memang berdebar² cerita ni.



kalau anda nak tahu lebih lagi pasal cerita ni. pergilah menonton di panggung berdekatan :-)




p/s: aku taip 16/3/2011. tp kat bwh niiiii.. misteri!!!


2 comments:

  1. mst cik lili tu hot dan comey kn? awwww.. ^^

    ReplyDelete
  2. takla..cik lili tu byk jerawat. dan skrang die makan pil minyak kelapa dara :-p

    ReplyDelete