Tuesday, 15 March 2011

saya lewat hari ni!!




incik jojo da terlambat nak g keje ngan isteri dia.




woww menarik sungguh tajuk di atas. di sini aku nak mengeluarkan beberapa alasan orang yang datang lewat ke pejabat. alasan-alasan berikut adalah terlalu biasa sangat aku dengar. jadi mari kita lihat apakah alasan tersebut:

alasan pertama

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: bas lambat datang. penat tunggu. tadi ada nmpk sebijik tersadai. da satu jam tunggu last² terpaksa juga ambil teksi. (jawab dengan selamba)


alasan kedua

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: oh, saya pergi bank tadi. (jawab sambil tunduk dan melulu masuk untuk ke meja sendiri)


alasan ketiga

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: oh saya pergi "school" tadi. ada urusan. (jawab sambil melihat kiri atau kanan dan buat² baca surat yang di ambil drpd tray)


alasan keempat

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: alaa tren rosak tadi. ramai gila orang menunggu. takde cara lain terpaksa la tunggu. (jawab sambil menghempas surat khabar dengan mimik muka yang amat kecewa dan kepenatan)

alasan kelima

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: err aku pergi servis kereta tadi. ramai orang. terpaksalah tunggu. (jawab sambil jalan dengan selamba katak)

begitulah alasan² org yang dtg lambat yang kerap aku dengar dan kadang² aku buat jugak. muahahahaa. kadang² bukan setakat lambat tapi super lambat. entry ni bukanlah untuk mengata sesiapa cuma nak memberitahu alasan² orang yang datang lambat. kira macam koleksi la. aku buat ni pun bukan nak tujukan pada sesiapa. untuk diri sendiri jugak.

akhir kata sapa makan cili dia la yg terasa berapi..hahaha



p/s: aku taip benda alah ni ari selasa 15/3/2011. tak tau nape kuar kat bwh tu lambat sehari. adakah ini merupakan perkara mistik lg misteri. kalo bg kat unkul sekes mesti die suka :-p



No comments:

Post a Comment