Monday, 21 March 2011

mari tengok wayang lagi

merong ke mars needs moms?


Agak-agaknya nak tengok yang mana satu ye. Hai susah nak buat pilihan ni. tapi akhirnya aku memilih cerita kartun itu. muahahaaa





yay dah sudah tengok wayang. bestnya.






cerita yang agak mengecewakan.






belakang tu rasanya genting. yang sayup² tu.






Kuala Lumpur waktu malam






nak balik dah. selamat tinggal.



mengapa masih tak faham bahasa

LADIES = PEREMPUAN

rasanya kalau tengok pelekat kat atas tu da bole paham dah. perempuan dengan anak lelaki dan perempuan dibenarkan. perempuan perempuan dibenarkan. lelaki tidak dibenarkan. perempuan lelaki juga tidak dibenarkan.






gambar di atas ini juga menunjukkan perempuan. sangat jelas dan nyata isyarat tersebut. cuma orang buta je yang tak dpt nak bezakan sebab dia tak nampak. tapi kalau orang yang celik biji mata tapi buta mata hati mcm ni la jadinya....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



mengapa kau masih tak mengerti duhai lelaki.




aktiviti di kala mengantuk

roti tuna
ni sarapan pagi aku ms ada kelas hari itu. tak sempat nak habiskan pagi². bile "take 5" je cepat² aku melantak.



henkecif 
akibat terlalu mengantuk aku terpaksa berimaginasi utk menghilangkan rs mengantuk tu. ni konon² pooh tu selsema la mcm aku selalu kene. pastu sedut inhaler tu.



beg, kaki dan kaki

ni pon ms tengah mengantuk. bukan la setiap ms mengantuk. tp ade ms²nya aku mengantuk tak tertahan. ade setan kot bergayut kat bulu mata aku ni.




semester baru bermulaaaaaaa

kelas yang pertama sesi pagi


kelas kedua sesi petang


peach kak nily. ungu kak aini


dewan yang semakin kosong



sekarang semester sudah bermula. kepenatan kembali menjalar di segenap pelusuk tubuh. harap-harap kali ni semuanya berjalan dengan lancar. 





Wednesday, 16 March 2011

rango oh rango :-(

gambar ni pon dari google


ntah la....tak tau..ermm......

satu je perkataan aku untuk cerita ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
k~e~c~e~w~a




p/s: malas nak cerita lebih². Nak tau tengok sendiri :-(


 

underdog??

gambar aku amik kat google images



cerita ni aku tengok semalam dengan kawan². nama dia lala, lili dan lulu  (semua tu bukan nama sebenar). sebenarnya tak ada niat langsung nak tengok wayang terutamanya cerita ni. kami nak buat aktiviti lain sekalinya bila ternampak panggung terus rasa nak tengok wayang. jadi kami pun beratur dan berbincang nak tengok cerita apa. mula² nak tengok cerita wars needs mom tapi tak jadi. nak tengok itu tak kena. nak tengok ini tak kena. last² kami sepakat nak tengok cerita underdog soldiers ni.

sampai dekat kaunter lulu tanya cerita ni jam berapa. selepas beberapa minit berinteraksi dengan budak kaunter tu, tiba² lala bertanya:

lala: dik, cerita ni best ke? cerita ni pasal ape ek. pasal anjing ke?
budak kaunter: (tak menjawab sepatah pun. die senyum terpaksa sambil menggeleng² kepala)


hehehe. kami punya gelak aduhai...aku tengok muka budak tu kelat je. mesti die ckp dlm hati apahal akak² ni. tak siuman ke? lulu tolong jawabkan bagi pihak budak kaunter tu. lala, ni cerita pasal bwh anjing. bwh anjing ada puting kan. haa cerita pasal tu la..hahahah..aku harap sebenarnye lala nak bergurau je. tak tau la kan kalo dia betul² tak tau. hahahaha. dalam cerita ni cuma ade 2 ekor anjing je. satu comel satu lg tak comel. yang comel mati awal. yang tak comel tu tak mati². jalan ceritanya best cuma ending mcm haprak. mungkin ade underdog soldiers II kot. cerita ni memang membuatkan aku berdebar sebab aku selalu mimpi perang² pastu dalam mimpi tu kadang² aku jadi askar pihak lawan dan kadang² aku jadi mangsa. tp biasanya mesti aku nak cari jalan untuk lepaskan diri. memang berdebar² cerita ni.



kalau anda nak tahu lebih lagi pasal cerita ni. pergilah menonton di panggung berdekatan :-)




p/s: aku taip 16/3/2011. tp kat bwh niiiii.. misteri!!!


Tuesday, 15 March 2011

saya lewat hari ni!!




incik jojo da terlambat nak g keje ngan isteri dia.




woww menarik sungguh tajuk di atas. di sini aku nak mengeluarkan beberapa alasan orang yang datang lewat ke pejabat. alasan-alasan berikut adalah terlalu biasa sangat aku dengar. jadi mari kita lihat apakah alasan tersebut:

alasan pertama

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: bas lambat datang. penat tunggu. tadi ada nmpk sebijik tersadai. da satu jam tunggu last² terpaksa juga ambil teksi. (jawab dengan selamba)


alasan kedua

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: oh, saya pergi bank tadi. (jawab sambil tunduk dan melulu masuk untuk ke meja sendiri)


alasan ketiga

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: oh saya pergi "school" tadi. ada urusan. (jawab sambil melihat kiri atau kanan dan buat² baca surat yang di ambil drpd tray)


alasan keempat

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: alaa tren rosak tadi. ramai gila orang menunggu. takde cara lain terpaksa la tunggu. (jawab sambil menghempas surat khabar dengan mimik muka yang amat kecewa dan kepenatan)

alasan kelima

s: kenapa datang lambat hari ini?
j: err aku pergi servis kereta tadi. ramai orang. terpaksalah tunggu. (jawab sambil jalan dengan selamba katak)

begitulah alasan² org yang dtg lambat yang kerap aku dengar dan kadang² aku buat jugak. muahahahaa. kadang² bukan setakat lambat tapi super lambat. entry ni bukanlah untuk mengata sesiapa cuma nak memberitahu alasan² orang yang datang lambat. kira macam koleksi la. aku buat ni pun bukan nak tujukan pada sesiapa. untuk diri sendiri jugak.

akhir kata sapa makan cili dia la yg terasa berapi..hahaha



p/s: aku taip benda alah ni ari selasa 15/3/2011. tak tau nape kuar kat bwh tu lambat sehari. adakah ini merupakan perkara mistik lg misteri. kalo bg kat unkul sekes mesti die suka :-p



Sunday, 13 March 2011

best wooo cite ni...


ditayangkan di Astro Prima

masa ni diorg nak tumpang org nak balik perlis

mereka rasa sangsi ngan org yg tumpangkan mereka ni

jumpa hantu dekat warung

inilah dia ROZI ANAK PAK ABAS:-)

akhirnya berjaya juga sampai di kampung halaman tercinta


cerita ni ditayangkan pada raya tahun lepas..salah satu cerita yang menjadi kegemaran aku..memang best gila dan kelakar tahap cipan..dialognya semua kelakar nak² pulak pelakonnya si johan ngan zizan..diorg da memang kelakar tambah pulak dengan dialog yang sangat lucu..aduhaii..johan ngan zizan memang best kalau berlakon bersama..aku tengok 5 6 kali pun tetap gelak besar..diorg ni memang best la..lagu dalam cerita ni pun sangat sedap.


cerita ni mengisahkan dua orang pemuda yang nak balik kampung di Perlis tapi penuh dengan halangan dan cubaan..walaupun mereka saling tidak mengenali tetapi mereka sepakat menghadapi dugaan yg menerpa. mereka nak balik kampung untuk menyambut hari lebaran bersama orang² yang tersayang iaitu mak, ayah dan rozi anak pak abas. walaupun menghadapi pelbagai rintangan, akhirnya mereka berjaya juga sampai di kampung pada pagi raya dan kemudian bergegas ke masjid untuk membayar zakat fitrah dan bersolat sunat aidilfitri.


secara keseluruhan cerita ni boleh dapat 5 bintang.


hidup johan ngan zizan..yayyy :-)



Friday, 11 March 2011

PANTUN DARI KU UNTUK MU


Monyet awang banyak kutu
Suka pula makan kuini
Kejap tadi kau kata begitu
Kejap lagi kau kata begini

Singgah di kedai membeli pisang kaki
Jalan pulang seorang diri
Aduhai ada saja kau nak dengki
Memang dasar kau busuk hati

Sedap sungguh kari tenggiri
Makan sampai sakit perut
Belakang orang bukan main berani
Bila berdepan sungguh pengecut

Kepala budin banyak kelemumur
Suka garu tak kira tempat
Awak tu bukan ke dah berumur
Cepat² le bawak bertaubat



Thursday, 10 March 2011

Ketagihan Permainan Siber


aku sebenarnye tak suka main game kat internet. kalau main pun sekejap je da bosan. tp bila aku main game yang satu ni aku jd mcm "addicted" pulak. memang best. kene buat "job" yang diberi. tapi sekarang ni aku da jd bosan sbb asyik "hang" je komputer aku bile bukak game ni. sabau jele. tp apa² pun kalau kita main game ni kena jgk berhati² sbb kalau da leka sgt sume benda tak siap. kene bersederhana. buat apa pun mesti bersederhana kecuali la bab² ibadah. itu kita kena la berusaha untuk mendapat yang terbaik dan bukan asal boleh je.


Wednesday, 9 March 2011

PRK N27 MERLIMAU - 6 MAC 2011

sangatlah meriah kampung halamanku ketika dilanda demam pilihan raya :-)

calon dari Barisan Nasional

aku tak mengundi kat cni.

meriahkan..kann?

sepanjang jalan ade bendera 

tanglung tak tanggal lg

sepanduk Pas

orang first time mengundi..muahaha :-p


secara keseluruhannya pilihan raya kecil N27 Merlimau ni berjalan dengan lancar walaupon penyokong dari kedua belah pihak ejek-mengejek..perlu la kan nak mengejek2..geli je..

weii kasut ko tertanggal laaaa!!!


gambar ehsan dari google


copy paste dr fb aku.. april 2010 :-)


well lama tak menulis kat fb ni..tp arini tetibe je ilham menerpa jd aku amik keputusan nak tulis la kat fb memaghrib kala ni..arini balik kije aku ngan kak shila p jj..nak beli barang cket..ade la..takkan aku nak senaraikan...sebuk je..
perjalanan pergi lancar dgn menggunakan kad "raba n blah" aku tu..kuar dr tren pon msh berjalan lancar..dlm perjalanan menggunakan kaki nak ke jj tu bese la kitorg cite2, gelak2, gurau2..
tetibe je ade dua org lelaki cina smart kat dpn kami..woww pny la lemah lembut jln..gambaran lbh tpt ialah lembab..mgkn jgk sbb diorg penat kot..maklum br balik keje..aku try nak memotong..baik pny usha depan belakang kiri kanan tp apsal tak dpt nak potong ni.. kaki aku lg lembab dr diorg..tau la aku yg aku kepenatan rupanya..tak jd nak potong aku amik balik posisi asal..
kami pon smbg cite2 gelak2 gurau2 smbl berjalan rapat ngan lelaki cina td..tetibe..

...........oooo makk ko pocottt.......

suara aku memecah keheningan petang tu..kaki aku terpijak tiles yg melantun..seb bek menatang tu melantun balik kalo die terus tenggelam kat ctu tak pasal2 aku menanggung malu 7 keturunan..fuuhhh!!
lelaki cina berdua kat dpn tu siap menoleh lg kat kitorg..diorg memula diam tetibe je berckp rancak berdua..ahhh aku tau tu mengumpat aku la tu..ahh pedulik hapa aku..janji kaki aku selamat..lantak mika le nak kate ape pon..

dlm keadaan yg agak kemalu-maluan aku meneruskan perjalanan..smp jj...amik barang..bayar..blahh..tanpa memperdulikan keadaan sekeliling kami pon melangkah keluar dgn anggunnye..
lalu kat tmpt td....seriau aku..dr jauh aku nmpk ade dua mamat melayu..nmpk sempurna..yg sorg pakai kemeja merah ati ngan sluar putih..mengancam..yg sorg lg pakai baju itam ngan sluar itam..pon mengancam..dua2 ranggi (bkn taste aku)..tp aku mengaku ade gaya la kan diorg tu..muka pon bole tahan kacak..tetibe je jantung aku berdebar2..ohh tuhan..diorg nak bg no fon ke..hahahaha..tup tap tup tap..kasut dan jantung je berbunyi..seakan2 masa terhenti..keadaan sekeliling mati..


hanya beberapa minit je yg menjarakkan kami..dan smp saatnye kami berdepan...


bluueeekkkkkkkkkk...muntah ijo aku..punye le mesra diorg pegang2 tgn sesama sendiri...ckp bisik2 romantik..bluueekkkkk..nyesal aku kate ensem td..nyesal2..arrgghhhhhhhhh...
kitorg benti jap kat tepi..aku ngan kak shila berdiskusi secara seyes smbl merenung ke arah mereka..

kak shila: ehh akak rs yg baju merah tu konon2 pompuan kot..tgk la tu elok je lentok die..
aku: ye kot kak..yg baju itam tu cam jantan je..
kak shila: ehh mmg la dua2 ekor tu jantan..
aku: ehh maksud sy gagah cket berbanding yg baju merah tu..

ermm da nak terbalik da dunia ni weiii..lelaki ngan lelaki..pompuan ngan pompuan..melambak2..ko tak caya g la jenjln kat wangsa walk tu ..mesti ade punye..
cepat le aku n korang sume bertobat..mintak jauh le sume tu..takut aku..

tetibe aku teringat kata2 abg syam kose..HANYA LELAKI FAHAM LELAKI..

hahaha meluat..chow cincauuu!!!!




hahh!! tgk wayang????

                                                        this pic is brought to u by google 




ni ceghite masa tahun 2009 (14/8)..baru skrang aku nak letak dlm blog pasal aku br buat blog ni..muahahahaha




smlm lepas keje aku ngan kak wati p tgk wayang kat cineleissure, damansara..nak tgk cite pe pon tak tau..smp2 je kakwati kate nak tgk cite COLD PREY 2..ok la tu..dpt tiket trs msk dlm panggung..punye la kompiden msuk2 je ehh nape ramai staff cathay kat dlm ni..ade yg menyapu mengelap..aikk takkan cite da nak start br nak kemas..da rs pns ati je ni..wakluuu... 

tetibe kami d tegur oleh seorg staff kat ctu.. 

staff cathay: ye kak..ade pe? 
kami: ehh kami nak tgk cite ni..nape br nak kemas ek..(punyela nak marah) 
staff cathay: meh cni sy tgk tiket tu..ohh dlm tiket ni panggung no 10..yg akak msk ni panggung no 8..
kami: ohh yeke..maaf ye.. 

dgn penuh rasa malu dan rendah diri aku blah ngn kak wati..kak wati punya pasal la ni..memula die kate panggung akhir tetibe je msk no 8..waklu..hahaha...bile aku bantah die kate ehh betul la ba.betul ni..haa amik ko..salah panggung..hahaha.. 

masuk je dlm panggung..makkk..terperanjat aku.. 

aku: kak, takkan kite berdua je..da la cite ni cam takut2 je.. 
kak wati: ba sabar ba..jap lg mesti ade org.. 
aku: isshh..kite msk pon da lmbt ni..mn de org..kang kalo takde org kite blah je la..hahah 
kak wati: pale otak ba..diorg beli tiket online kot..lgpon kan maghrib ni..mungkin diorg solat kot.. 

hahh!!! maghrib..mmg la maghrib..da aku msk panggung tu kol 7.15..hoii ko tak solat ke..kate aku pada diri sendiri..takpe ade excuse..(pepaham je le)..seb bek.. 

tak lama lps tu br la msk dua tiga org..setelah aku campur tolak bahagi...ade la dlm 12 org dlm panggung yg sebesar2 alam tu..cite pon bermula..aikk cakap pe ni..skali bkn cite omputih da..tah bahasa pe tah..hahah..bosan tahap cipan..tp da beli tiket terpaksa jgk la tgk..kalo tak kang rugi je..cam haramjadah.. 

akhirnye aku ngan kak wati berjaya tgk cite tu smp abis wpon kak wati tak sudah2 berSMS..jeles aku..huhh!!