hadoii susah nau nak turunkan berat badan. nak turunkan berat ni bukan senang tau. kena ada keazaman yang kuat dan jitu dan displin yang tinggi. tapi kalau tak mula sekarang, bila lagi ye tak? sebenarnya aku dah berdiet on off dari tahun 2014. masa tu berat aku adalah 70kg. akhirnya tahun 2016 berat aku jatuh menjadi 60kg. 2 tahun nak buang 10kg. jaga makan campur senam campur posa bulan ramadhan dpt la kurangkn 10kg. puasa yang paling membantu tp takkan nak puasa sepanjang tahun. memudaratkan diri boleh jd haram hukumnya.
dulu aku penah la join program slimming kat satu pusat slimming yg amat popular. aku join sbb dapat baucer rm20. itu jele skali aku join. lepas dari tu takde dah aku pegi. buang masa je. org pusat slimming tu ckp kalau aku nak turunkan berat secara natural amatlah x strategic. aku takkan berjaya kata dia. fuhhh..kenmain lg dia nak laku kan produk dia. tapi aku tak goyah. lantaklah kau situ.
Sekarang aku nak teruskan lagi diet pemakanan yang sihat supaya aku boleh capai berat ideal aku iaitu 45kg. kena minum air banyak. menu pertama yang telah berjaya aku masak dan makan adalah ikan kembung masak pindang. yahuuuuu...
kalau aku teruskan makan mcm ni selama sebulan, aku yakin aku boleh mencapai berat badan ideal. kita tgk smp mana aku boleh bertahan. muahahaha
jom tengok menu pertama
bahan-bahan untuk masak pindang |
dah siap |
senangkan!