kalau bercerita tentang sampah dalam Malaysia ni memang takkan pernah tamat. kalau bercerita pasal tabiat manusia yang suka buang sampah merata pun takkan pernah tamat. sekarang ni saya nak bercerita pasal sampah kat tangga rumah saya. toksah cerita pasal satu Malaysia, cerita depan rumah sendiri je. saya ni duk rumah flat dan kawasan tempat tinggal saya ni memang kediaman orang melayu. cerita sampah yang saya nak sampaikan ni berkait rapat dengan sikap dan perangai orang melayu kita. minta maaf la kalau anda yang membaca luahan hati saya ni merasa sakit hati (ada ke orang baca..haha). tapi apa yang saya nak sampaikan ni memang benar-benar terjadi di hadapan mata saya.
bercakap pasal tangga rumah flat saya tu, saya ni jenis suka menyapu tangga tersebut sebab mata saya jijik memandang sampah-sampah bertaburan ditangga dan juga depan pintu rumah saya. dari mana datangnya sampah-sampah itu menjadikan saya tertanya-tanya dan rasa pelik. bila saya keluar dari rumah nak pergi kerja atau pergi mana-mana, jarang saya terserempak dengan manusia kat tangga tu. tp sentiasa ada sampah. sampah yang memang wajib ada kat tangga rumah saya hingga ke bawah adalah puntung rokok dan juga kotak rokok. sebelum ni jiran depan rumah saya banyak kali juga la letak sampah dalam rumah dia yang dah diikat rapi tapi berair kat depan rumah dia. tp depan rumah dia adalah rumah sy. walaupun dia tak letak betul-betul depan pintu rumah saya (dia letak berhampiran pintu rumah dia) tapi air sampah tu mengalir dan semakin menghampiri pintu rumah saya. tuan-tuan bayangkanlah bagaimana jijiknya saya dengan perbuatan mereka tu. suatu hari saya dah rasa muak dengan perbuatan mereka ini jadi saya telah letakkan nota di bawah pintu rumah mereka. untuk pengetahuan anda semua, manusia yang tinggal berhampiran dengan rumah saya ni (maksudnya berkongsi satu tangga) kebanyakannya anak dara, perempuan berlagak seperti lelaki (tomboy) dan ada juga yang dah berkeluarga (tiga buah keluarga sahaja). tapi tangga rumah saya kotor macam semua mereka itu adalah lelaki (minta maaf ye lelaki, kadangkala anda sebenarnya lebih bersih dari anak dara).
berbalik kepada cerita saya meletakkan nota di bawah pintu rumah jiran saya tu, esoknya bila saya balik dari kerja saya tengok depan rumah saya dah basah dan comot kerana dia simbah air (mungkin air bersih) untuk bersihkan air sampah mereka. dia simbah air tu seolah-olah sengaja menghala ke pintu rumah saya. oh tuhan! apalah yang ada dalam hati dan kepala hotak mereka. apa yang saya mampu buat adalah bersabar. dan akhirnya saya telah mop depan rumah saya dan juga tangga kerana tak tahan dengan kecomotan yang terhasil dari perbuatan tak bermoral mereka itu.
apa yang membuatkan saya ingin mengemaskini blog saya pagi ini adalah disebabkan kotak rokok yang sentiasa ada di tangga rumah saya. anda bayangkan betapa tangga rumah saya itu sentiasa ada sampah sehinggakan akak yang berada ditingkat dua (saya berada ditingkat 4) telah menyediakan tong sampah untuk orang yang suka buang sampah ditangga. tapi memang dasar manusia yang tak sopan dan x beradap, mereka tetap buang merata-rata sepanjang tangga dari tingkat satu ke tingkat 5 walaupun telah disediakan tong sampah. penyediaan tong sampah itu juga mengakibatkan kejijikan kepada saya dan kakak saya kerana bila sampah dah penuh siapakah yang akan bertanggungjawab untuk membuangnya. dan pada suatu hari kebimbangan saya itu terbukti berasas. sampah dah penuh dalam tong sampah dan agaknya ada kucing selongkar, tong sampah tergolek dan berair!!! arrgghhhhhhhhh!!! jijikkkkkkkkkkk.. dan ya tiada siapa pun yang hendak bertanggungjawab hatta akak yang meletakkan tong sampah itu pun lepas tangan. orang yang buang kotak rokok kat tangga rumah saya tu memang takde otak. ada dah tong sampah kat bawah tp nak juga buang kat tangga rumah saya. tangga rumah saya memang selalu bersih sbb saya akan selalu menyapu dan mop. saya akhirnya beranggapan bahawa orang yang suka buang sampah tu tak boleh tengok tangga bersih. mereka akan cuba mengotorkan supaya tangga dari tingkat satu sampai tingkat lima tu sentiasa kotor.
itu baru cerita pasal sampah, belum cerita ada manusia kencing kat tangga. setiap tangga ada kesan air kencing. jahanam mana tah yang kencing. saya doakan tuhan balas perbuatan dia. saya dah bersihkan kat tangga rumah saya dan alhamdulillah dah takde orang kencing lagi. tp kesan air kencing kat tangga bawah masih ada dan menjijikkan. saya rasa cukuplah setakat ni cerita pasal sampah kat tangga rumah saya. untuk cerita akan datang saya akan kemaskini pasal sampah kat parking di kawasan rumah saya. saya tegaskan di sini bahawa saya tinggal di kawasan orang melayu.
jadi anda diluar sana jangan perasan sangat orang melayu kita ni lebih bersih dari bangsa lain walaupun melayu tu semestinya islam dan islam itu agama kebersihan. saya berharap mereka ni akan berubah dan keadaan akan menjadi lebih baik. ingat ya orang melayu islam, kebersihan tu merupakan sebahagian daripada iman. jika anda abaikan kebersihan, bagaimana iman anda???
No comments:
Post a Comment