salam 1Setapak.
kali ni aku nak update kelas menjahit yang seterusnya. pola baju kurung dah siap dah hari tu tp sebab tak beli kain lagi, tak dpt la aku tekap dan gunting. kelas semalam aku dah tekap dan gunting. tekap bukan sebarang tekap. kena tau macam mana nak lipat kain untuk ditekap pola. kena tau ira kain supaya semua elok selari.
moh kita layan gambau
|
mula-mula kita tekap pola badan dulu. lipat kain jadikan 4 lapisan. |
|
sudut kedua dr atas bahu. sebelum gunting, lebihkan basi jahitan 1/2". |
|
pesak pun sama juga |
|
sudut pandang dari sambungan bahagian ketiak. |
|
lengan |
|
lengan ni ada unik sikit nak potong. sebab kain aku kain x bercorak, jadi nak potong kene tgk ira kain supaya selari dgn badan. dulu2 masa menjahit dengan mak, mak lipat jd 4 lapisan mcm badan dan terus potong. jadi terus dapat 2 helai lengan. smlm ada isu dgn ira kain, jadi kene buat satu2. lepas potong satu lengan kene terus surih sbb kita nak tekap pola yang sama atas kain lain. |
|
kekek |
|
kekek ni patutnya lebihkan 1/2" je. tapi semalam aku ckp dgn cikgu aku takut terlebih amik kain masa jahit tepi. jadi cikgu suh tambah basi jahit lagi 1/4". so semua skali basi jahit jadi 1" |
|
leher. masa nak potong leher, kain bahagian badan tak berapa cukup. jadi cikgu suruh aku gunting kain bahagian bawah dulu. lebih tu baru amik utk leher. tekap pola leher atas kain dan potong. jangan potong bulan baju tu dulu. tekap lagi atas kertas gam. lepas selesai, lekatkan kertas gam atas kain. kene seterika utk lekatkan kain tu. tgk hasil kat bawah. |
|
jadi macam ni bila dah diseterika. |
|
masa ni tekap balik pola dan buat bulatan tu. |
|
macam ni. nampak? |
|
dah lukis, kau potonglah. senangkan? |
|
lepas dah tekap semua tu kau potong satu-satu. dah potong lipat elok2 letak tepi. mulakan dengan pola badan dulu. |
|
tekunnya..berlakon je ni. hehehe |
|
mengigil-gigil tangan nak gunting. takut salah. tp cikgu gunting laju gila. dia dah biasa. lama2 nanti pun kita boleh jadi mcm cikgu. kena usaha. |
|
lepas dah gunting, kene surih sbb kita akan tanggalkan pola kertas tu nanti. kalau dah surih senang nak jahit sbb ada panduan basi jahitan. |
|
surih jangan tak surih. jenuh juga menyurih ni. tak siap pun smlm. aku sambung kat rumah je. |
|
surih lagi |
|
haa ni la hasil lps surih. nampak garisan merah tu? |
|
yayyy..hari khamis bole jahit tepi dan sambung. |
kepada sesiapa yang bosan tak tau nak buat apa kat rumah, sertailah kelas-kelas menjahit dikawasan anda. insyaallah amat bermanfaat.
sekian dulu utk kali ni. bye!