Wednesday 13 April 2011

aku yang terkecewa

Pagi² lagi aku dah kecewa hari ni. Rutin aku setiap pagi bila sampai di opis keseorangan adalah membuka blog FAISAL TEHRANI. Beberapa hari yang lepas, aku buka tapi takde apa² update entri dari beliau sehinggalah hari ini. Dan betapa kecewanya aku bila secara rasminya beliau mengatakan ini merupakan entri yang terakhir kerana beliau mahu meninggalkan dunia blog ni.


Terasa macam baru putus cinta. Kecewa yang teramat sangat.


Aku merupakan pembaca tegar karya faisal tehrani dan blognya. Sentiasa mengikuti perkembangan semasa dari blog beliau. Sebagai peminat karya faisal tehrani aku sangat menghormati keputusan beliau. Semoga terus maju jaya. Semoga sentiasa tabah menghadapi tohmahan. Semoga sentiasa berada di jalan yang lurus. Semoga usaha anda dalam membantu ummah dari kegelapan sentiasa mendapat pertolongan Allah. Dan semoga usaha anda diberkati sehingga ke akhirnya. Saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan faisal tehrani.

Sekian.



Saturday 9 April 2011

mari makan-makan :-)

Gambar ni dah lama dah. Cuma tak sempat nak upload. Rasanya da 2 minggu lebih kot aku peram gambar ni. Masa ni pegi makan berdua je ngan kak ayu. Orang lain semua tak ada. Cuti je kejenya.


dekat sri gombak

setakat ni baru dua kali aku makan kat sini. boleh tahan juga la makanannya. bubur nasi sedap gak. terlupa nak amik gambar makanan.




kak ayu aka vacuum

kak ayu mengalami masalah memilih makanan. mula-mula nak makan bubur nasi. last² makan kuew tiau sup. pastu sebuk cege aku punya bubur..huhh





saya sudah gembira sebab dapat pilih makanan. yay... kata kak ayu kepada dirinya.














tengok. Sabar separuh dari iman.